iklan

Sunday, May 8, 2011

its a can, no, its a glass, no ita a coca-cola glass can

satu hari yang hening....burung-burung berkicau riang.... peti surat seakan berisi....lalu ku buka berhati-hati.... maka terbitlah satu helaian yang menarik hati.....

ceh.... hape da.... nak bersastera tapi hampeh!... ayat tak kena langsung....

ramai dah sedia maklum.... sama ada korang dapat brochur ni ke tak.... sesapa yang minat kumpul mesti dilanda demam..... demam collectible!.... gelas coke design tin....

eh...betul ke ayat aku ni.... lantak lah....

brochur yang menggoda

cuma 1 design je brochur yang aku jumpa...ada sesapa yang jumpa design lain?
ini dia lembar iklan yang asyik mengisi peti surat kat rumah aku.. disebabkan kaler dia sama...aku simpan sehelai aje lah.... kang banyak-banyak jadi "sarang kucing nak beranak" pulak rumah aku ni.....

ni lah gelas dia, tapi malang, penat aku ejas, bila upload je gamba terus tertonggeng....

dan hasilnya... gelas kaler purple....sebenarnya gelas ni untuk minggu ke 2, gelas yang minggu pertama aku terlepas dngan jayanya.... hahhahah hape da....kompom tak lengkap koleksi kali ni.....

p/s: terasa rugi plak tak call masa rancangan quickie kat 8tv tu hari...kalau tak mesti dapat set lengkap siap dalam kotak khas lagi....ada sesapa dapat tak?

Saturday, May 7, 2011

cawan kertas sampel minuman percuma

Salam....

lama dah bersawang blog yang ni, bukan kerana malas tapi dah lama tak "menggali" khazanah dalam bilik tak berapa kebal tuh.... ntahla...macam ada kurang semangat.... baru-baru ni ada satu pasar besar yang baru di buka. kebetulan masa tu mula bercuti, maka dengan semangat yang ada, aku dan seorang teman ni "menyergah" pasaraya tu.... konon nak shopping, tapi disebabkan terlalu ramainya orang, maka kitorang pun carikla barang lebih kurang dan terus nak balik.... tiba-tiba di kawasan letak kereta...terpandanglah van minuman percuma.... yahuuuu.... kebetulan pulak dahaga.....


sesambil ambil minuman percuma tu... (minum sampai puas, haha) cuba-cuba lah mintak kat brader yang jaga.... dan ni lah hasilnya.... yang aku tak boleh tahan, part indocafe tu... aku mintak dalam 2 3 je... dibaginya sebeban.... tak byk cakap....zuppp masuk beg!.....

selamat.....