iklan

Thursday, September 29, 2011

takde bath tub, ini jawapannya

baru lepas menonton siri american pickers season 3 series 16, ada diorang "highlight"kan  satu benda yang cukup klasik, dan pada aku cukup reliable terutama kepada mereka yang suka berendam dalam bath tub tapi ruang dalam rumah tak mencukupi. korang layan dulu gambar ni... jumpa dalam google

sekali tengok macam almari

dua kali tengok, jom mandi!





cantik kan... isk isk isk... terutama mereka-mereka yang suka hias rumah dengan konsep "english style"... di kilangkan sekitar tahun 1880an

macam yang tertulis dalamiklan asal dia

"If you have no bathroom, buy a Mosely Folding Bath Tub", "Don't look around for another house, and "acts well and looks well". An advertisement also notes that the tub is "portable, with self-heating arrangements to heat water at a moments notice. A great convenience and when closed an ornament to any room...". Send two cents, for illustrated catalogue, showing 18 styles of tubs..."

iskk kan best kalau ada design moden untuk bath tub ni.... hujung minggu, bukak je bath tub ni kat dalam bilik...sambung paip getah... Walla!...dah boleh berendam macam kuih badak berendam...

Monday, September 12, 2011

duit 1 dollar brunei prefix A/7 237774 tahun 1972

duit lama ni agak lama tersimpan dan terbiar, sejarah mula dijumpai,kurang pasti.... rasa dijumpai dalam wallet lama yang dah lunyai keadaan fizikalnya....

nasib baik duit ni masih jelas walaupun fizikalnya agak teruk.... dan kalau nak jual pun rasanya harga mesti dah drop gila.... takpelah, sekadar simpan buat specimen....

muka hadapan
 tengok sajalah keadaan duit ni....dah lusuh dan berlipat-lipat,siap berlubang-lubang lagi. tu yang agak segan kalau nak jual kat orang, andaikata fizikal dia cantik, dan secantik nombor siri dia... ermmm agak-agak berapa harganya ye....

pandangan belakang, jelas lubang kat duit tu kan

muka belakang duit 1 dollar ni, pun dah lusuh, tak tau nak letak gred ape dah.... tapi kongsi jugak buat tatapan sahabat dan peminat duit lama, mana tau duit ni adalah "the lost treasure"





close up, tahun 1972, prefix A/7 237774
hmmm....pada pandangan aku yang tak seberapa jelas ni, pemilik asal duit ni mesti simpan pasal ada 3 nombor 7 berturutan (777) yang bermaksud tuah. selain dari apitan nombor 2-3 dan nombor 4 diakhirannya... dan cara lipatan duit ni, kemungkinan besar pemilik asal menjadikan duit ni sebagai "pembawa tuah"...

betuk ke tak... ENTAHLA....


ada jumpa dalam ebay, very fine, RM35.... tapi kalau korang tgk keadaan duit ni, kalau nak jual pun rasa segan kan....

Sunday, September 11, 2011

majalah ujang tahun 1996

majalah ujang tahun 1996, 15 oktober bil 53, baru di pasaran selama 2 tahun plus-plus

secara peribadi, aku suka keluaran majalah ujang pada peringkat awal pengeluarannya, lawaknya matang dengan coretan kartunis-kartunis berpengalaman (kebanyakannya dari majalah-majalah yang dihentikan pengeluarannya

Tuesday, September 6, 2011

buku cerita? orang-orang bersayap, tulisan jawi

satu lagi buku misteri... ada sesapa tahu pasal buku ni?


kongsi sedikit maklumat yang ada.... ada sesapa guna buku ni kat sekolah? atau ianya sekadar buku cerita....

tulisan jawi... tergeliat gak lidah nak baca pasal tulisan jawi versi penulis belum sekolah lagi...

Sunday, September 4, 2011

buku teks matematik lama, bukan buku ilmu hisxx tau, haha

buku teks lama...


buku teks matematik ni dijumpai masa aku balik kampung tu hari... masa hari raya...kemas kemas  terjumpa dengan koleksi majalah gila-gila dan gelagat.... jadi aku share untuk tatapan generasi baru dan mungkin untuk generasi lama, gambar buku ni dapat mengimbau kenangan zaman persekolahan...

mungkin digunakan sekitar tahun 1980an...







lain dari buku zaman sekarang.... sekarang di sebut matematik...kalau dulu ILMU HISAB....

tapi jangan salah sebut ye... nanti ada yang salah sangka...

hahahah........

Saturday, September 3, 2011

majalah gelagat yang masih elok dalam simpanan

post yang lepas... aku ada rindu kat majalah gelagat ni, anyway, selongkar punya selongkar, kebanyakan yang aku jumpa semua dah tertanggal kulit... yang satu ni lah aku jumpa masih elok walaupun dah berkedut. yang aku pernah jumpa dalam mudah.my diorang jual RM34!

majalah keluaran  15 oktober 1995 bil 114




walaupun dah pupus dipasaran, aku tak rasa harga dia semahal tu...tetapi kalau lah benar, ada sesapa boleh advice tak...sekadar informasi....


majalah gila-gila tahun 96

majalah gila-gila tahun 1996... keluaran 15 ogos



sesekali baca buat lepas rindu.....