iklan

Wednesday, July 30, 2014

mangkuk hayun, eh, mangkuk tingkat tembaga yang klasik

updet untuk musim perayaan..

kita biasa kan dengan mangkuk tingkat?

zaman sekarang mangkuk tingkat/tiffin/mangkuk tepen amat popular dikalangan pengumpul barang-barang lama. di zaman dulu. terutamanya untuk membawa bekalan makanan ke tempat kerja atau bekalan ke sekolah.

berevolusi dari material tembaga hinggalah ke material plastik di zaman sekarang. maklum sajalah, plastik kan murah....

mangkuk hayun eh tingkat a.k.a tiffin a.k.a tepen tembaga ni memang cantik. dari segi pembuatan, ianya ringkas dan licin. andaikata dapat dikilatkan sehingga bersinar, pasti menarik untuk dipamerkan di almari bersama koleksi tiffin yang lain terutama tiffin enamel yang dihias dengan pelbagai motif tumbuhan seperti bunga bakung dan bunga kangkung.

tapi awas, jangan bawa ke majlis rumah terbuka atau majlis kenduri kendara secara terang-terangan. kurang sopan namanya walaupun dengan niat yang baik. juga awas, janganlah cuba menunjuk-nunjuk dengan menghantar lauk pauk ke rumah saudara mara atau jiran-jiran dengan menggunakan tepen ni, kemungkinan hilang dengan sengaja amat besar!

untuk dijual

RM1000

susah nak jumpa yg tembaga sekarang ni akibat ke'popular'an tepen enamel.


Tuesday, July 29, 2014

tabung TV comel, sesuai untuk didik anak menabung

lagi post sempena hari raya...

kenangan ketika kanak-kanak selalu mengimbau kotak memori. teringat bila ibu bapa kita asik mengingatkan diri kita bertapa pentingnya menabung dan menyimpan duit.

lebih lebih lagi dimusin perayaan macam ni. banyak duit raya yang anak-anak kita kutip. apa kata berikan kelainan untuk mereka bersemangat menyimpan baki-baki duit syiling dan juga duit raya yang diterima dengan tabung berbentuk tv lama ni...


dengan ukuran 2x6x8 inci, cukup comel untuk diletakkan di atas meja sebagai hiasan. sekali imbas, ianya seperti tv hitam putih yang pernah parent aku miliki. comel sesangat. silap haribulan, bukan sahaja kanak-kanak, ibu bapa juga berminat untuk memilikinya.

jika anda turut berminat, bolehlah tinggalkan pesanan di ruangan komen. stok terhad cepat sebelum kehabisan

harga: RM25*
*harga tidak termasuk pos

frame basikal raleigh CH "agak" klasik

salam dan salam sejahtera

bercerita pasal basikal lama lagi. kali ni sebuah frame basikal yang agak lama. frame basikal raleigh HC/hercules. rasanya macam belum begitu klasik. tak dapat dipastikan keluaran tahun bila basikal ni.


frame terbarai dah dibakar mentari ni tak banyak maklumat aku jumpa dalam internet. kalau ada pun satu basikal lengkap yang dijual dengan harga beratus dollar. takde langsung maklumat produk ni di internet.

ada juga bertanya kepada peminat-peminat basikal lama. pun masih takde feedback. mungkin dengan cara perkongsian ini dapat merungkai misteri basikal raleigh hercules ni. sama-sama lah kita merungkaikan misterinya

kepada yang berminat, bolehla hantar wakil merisik. lebih2 lagi jika korang berura-ura untuk membuat satu baik pulih (restoration) basikal yang mungkin jadi kenangan terindah kawan2 di luar sana.



Untuk dijual

RM200
*tak termasuk pos
*digalakkan ambil sendiri

email/sms
misbah.thahir@gmail.com/018 2976121

lampu basikal classic yang mesra alam jenama Elephant

salam,

selamat hari raya, post hari ni mengimbau kenangan masa dulu yang mana salah satu aksesori wajib untuk basikal iaitu lampunya, dikuasakan dengan dinamo 12v menjadikan ianya satu alat yang mesra alam. dah lama tak jumpa dah semenjak kebanjiran "mountain bike" dan bermacam jenis basikal moden lain.



zaman dulu-dulu, kalau menunggang basikal di waktu malam, lampu ni lah jadi "talian hayat" untuk menerangi perjalanan yang gelap pekat. mana tidaknya, terbayang kesukaran untuk menyuluh jalan menggunakan lampu suluh. silap haribulan, tersungkur akibat hilang kawalan apabila terlanggar akar yang timbul atau ketul batu yang besar. zaman dulu kan banyak jalan tak berturap lagi.

saya juga pernah menggunakan lampu ni, kuasa lampu "mesra alam" ini dibekalkan oleh dinamo yang menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. pelajaran sains kau!. terang bila berkayuh dengan laju tetapi akan malap jika berkayuh dengan perlahan.

tapi awas, jangan terlalu laju, nanti mentol lampu terbakar. alamat gelap sepanjang jalan. kena pulak jalan kampung, terasa gelap gelita dan terasa keseramannya...

kenangan lama seronok jika dikongsi, maklum sajalah, tiada lama tiada yang baru, tiada basikal tua klasik, tiadalah pelbagai basikal moden berteknologi tinggi. lampu basikal ni hendak dijual.kepada sesiapa yang suka kepada basikal klasik, lampu ini akan menjadi satu "aksesori wajib" untuk melengkapkan penampilan sesebuah basikal...



UNTUK DIJUAL

RM40 
*tak termasuk pos
*tanpa dinamo

Saturday, July 19, 2014

ini bukan batu nisan, parut kelapa klasik

salam...

sekarang kita parut guna mesin. tak sampai berapa minit dah siap bila parut sebiji kelapa. lagi time nak raya ni, nak ambil santan buat dodol dan kuih muih, juga hidangan lainnya.

biasa kita jumpa, parut kelapa manual ni bentuk dia macam kuda. tapi kali ni terjumpa bentuknya memang lain dari yang lain. cukup unik dan menarik. hasil selongkaran di kedai antik yang aku jadi "agen jualan" tu.

inilah bentuk dia... bukan selalu jumpa ni..

tapi ingat, ini bukan batu nisan zaman kesultanan nelayu melaka tau... walaupun bentuknya "agak menyeramkan, dan nampak ianya semakin dimamah usia, nilai estetika yang ada dah tentu dapat menarik perhatian siapa sahaja yang memandangnya

UNTUK DIJUAL

disebabkan keunikannya dan barang yang rare, harga pun agak rare juga

RM350 tak termasuk pos

Friday, July 18, 2014

military memoribilia collection

salam.. dah beberapa hari tak bersiaran, lama jugak kan...

sebelum meneruskan coretan, diam sejenak, panjatkan doa dan Al fatihah untuk mangsa tragedi MH17 yang dipercayai ditembak jatuh. rakamkan juga ucapan takziah untuk keluarga dan waris terdekat mangsa. semoga mereka tabah menghadapi ujian maha berat ini. doakan juga kerajaan malaysia mendapat sokongan sebaiknya dari segenap penjuru dunia untuk menangani krisis ini. tak lupa juga kepada penerbangan malaysia (MAS) kerana ini tragedi ke dua yang menimpa mereka.

 mereka semua perlukan sokongan moral dari kita.

baiklah, setelah beberapa minggu asyik dengan perkongsian barang-barang klasik, hari ni saya nak berkongsi satu lagi hobi yang mula mendapat perhatian generasi muda. mengumpul barang-barang yang berkaitan ketenteraan.

tak pernah terlintas di hati saya, terdapat satu kumpulan pengumpul barangan seperti ini. dari uniform hinggalah ke barangan lain yang biasanya digunakan oleh pasukan keselamatan. pernah terdetik ketika saya "window shopping" di kedai-kedai bundle, "ada permintaankah pakaian celoreng ni?" terutama pakaian celoreng dari luar negara. ternyata pandangan saya meleset!

memang ada permintaan. paling mencabar apabila mahu mencari saiz yang sesuai. maklum sajalah... saiz yang ada kebanyakannya saiz eropah dan amerika. sudah tentu ini memberi "thrill" yang amat memuaskan seseorang apatah lagi seragam yang dibeli dapat digayakan!

bukan sahaja seragam, ada juga pengumpul barangan yang berkaitan dengan tentera seperti "patch", pingat, pangkat, lambang, tongkat, kasut, helmet dan bermacam lagi.

wah.. dah macam melalut. teruja bila saya mengetahui ada hobi-hobi "luar biasa" dan unik. mungkin ada yang berkata, hobi ini telah lama bertapak, tapi bagi saya yang baru terjumpa hobi ini, mereka yang mempunyai minat mengumpul barang ketenteraan boleh menjadi model untuk menarik minat generasi muda menyertai tentera atau setidak-tidaknya dapat memberi kesedaran dan pendidikan berterusan kepada masyarakat tentang kepentingan barisan hadapan pertahanan negara.


 Diharapkan, satu hari nanti komuniti pengumpul barang ketenteraan ini akan terus berkembang dan terus melangkah maju dengan roadshow dan pameran-pameran seperti mana pengumpul barangan lain.











pakaian celoreng yang di"issue" untuk tentera malaysia adalah barang terkawal. juga sekatan memakai seragam tentera oleh orang awam.

 ramai yang arif tentang sekatan ini. 

seharusnya memang begitu, bukan sahaja seragam tentera (malaysia), malah seragam pasukan keselamatan lainnya sepertisukan keselamatan (malaysia) yang sebenar yang menyumbang kepada negara (malaysia).







kepada yang berminat dengan hobi ni, bolehlah klik link fb ni... boleh belajar sikit2 pasal uniform dan lain2.... https://www.facebook.com/groups/245892912121301/

Wednesday, July 9, 2014

seterika stim menggunakan arang, biar betul!

seterika stim arang? biar betul...!

itulah perkataan yang terpacul dari mulut seorang rakan. seakan tidak percaya, teknologi seterika stim telah bermula sejak teknologi seterika arang lagi.

dipercayai seterika ini dibawa masuk dari luar negara. ya, saya sendiri pun kagum dengan kreativiti dan inovasi seterika arang ni. pastinya, memiliki seterika arang baik yang biasa, seterika arang ayam (yang ada patung ayam di hujung hadapan seterika) pasti ramai yang akan mengkagumi seterika arang ni.

apatah lagi seterika arang stim yang unik lagi jarang ditemui.

*maaf, kualiti gambar kurang memuaskan

nampak tak tangki ar yang bulat dihadapan dan pamnya. inilah teknologi setereia stim arang yang sepanjang hidup saya, baru pertama kali saya temuinya. kondisi agak baik sesuai dengan usia.

pemilik asal seterika ni ingin melepaskan hak milik seterika kepada pemilik baru. jika anda berminat, bolehlah tinggalkan email diruang komen. saya akan berurusan dengan anda semua.

harga, boleh tahan mahal. sebab,amat jarang didapati.. hasil google juga tidak begitu memberangsangkan. jadi harga yang ditawarkan seakan lelongan.

RM888 
tidak termasuk pos atau ambil sendiri (COD dengan booking deposit)

nota: tuan punya cakap, kalau ada yang tawarkan harga lebih tinggi dari RM1000, terus jual... dia pesanlah... saya ikutkan saja.

eh.. ada satu lagi pesanan dia, JANGAN BUAT NGANGKUNG!

Sunday, July 6, 2014

telefon coca cola button yg comel

salam.. dan selamat menyambut ramadhan....
hari ni nak share satu penemuan... mula2 ingatkan coca cola button... sekali tu bukan da... ianya adalah sebuah telefon... wah tak tau pulak... ada telefon... menarik jugak ni... tak pernah aku jumpa...
apapun... menarik jugak telefon ni... boleh lekat kat dinding...mcm button tu gak... kalau ada yang berminat boleh tinggalkan komen kat bwh ni ye...

oh ya, maaf, terlupa pula, telefon ini masih berfungsi. sebelum ini beberapa set telah dijual dan harganya lebih  RM350. buat masa ini, harga yang ditawarkan adalah seperti di bawah...

RM280 tidak termasuk pos

Saturday, July 5, 2014

tin metal coca cola reanimese dengan sicantik manis gadis mexico

salam, bertemu lagi...

tin sign coca cola dengan imej gadis mexico. cantik sungguh  imej sicantik manis. wah... menggoda hati si teruna.

ada sesapa berani melamar si jelita cantik manis ni? tersenyum lebar dia menantikan lelaki yg sudi melamarnya




tin sign ni berukuran 30cm x 20cm

harga agak keras sbb susah nak dpt... hhu


harga: RM90

seterika arang klasik, TNB cukup tak suka!

salam,

sebelum tenaga elektrik tersalur dengan meluas, seterika inilah yang menjadi nadi untuk kita menghilangkan kedutan pada pakaian. hanya isikan arang, bakar (bakar arang bukan seterika) dan WALLA! anda sedia untuk menghilangkan kedutan di pakaian anda bukan kedutan dipipi anda!

dan tahukah anda, seterika ini pernah menjadi talian hayat kepada ramai orang ketika ketiadaan bekalan elektrik. seterika ini sebenarnya semakin berkurangan dan semakin susah untuk menemukannya...


pelbagai rekabentuk untuk dipilih, tetapi untuk memiliki koleksi ini, bukan calang-calang usaha. dengan harga yang tinggi, ianya mungkin menjadi penghalang untuk pengumpul mendapatkannya... jadi, entri kali ini hanya untuk tatapan sebelum saya cuba mengupas  dan meletakkan harga untuk setiap seterika. hanya 2 seterika yang akan saya letakkan harga, seterika yang ada tangki bulat (yang ni susah nak jumpa, seterika stim menggunakan arang ni) adalah yang paling mahal, RM888 harga yang ditawarkan. dan satu lagi seterika yang ada ukiran ayam jantan, yang kecil RM499, dan yang besar RM549

telefon sebatang lilin, candlestick telephone

salam..

penemuan agak unik, sebelum ni kita biasa tengok telefon sering digunakan di filem-filem klasik zaman hitam putih dulu. oh-ya, telefon ini mula beredar di pasaran dalam awal abad ke 20 (betulkan saya jika salah)

satu rekabentuk yang mewah. anda boleh gunakan ia sebagai telefon atau perhiasan samada di rumah atau pejabat. dalam dunia smartfon, kehadiran telefon ini di atas meja pasti menjadi topik perbualan


kondisi masih baik, mungkin sedikit pembaikan diperlukan.

 harus diingat, jangan sesekali cuba melayari internet menggunakan telefon ini atau cuba memasukkan simkad telefon bimbit anda....

jangan marah, sekadar gurauan

harga: RM888. nombor ong ni

paper coke sign

salam...
papan tanda coke, antara hot item yang menjadi buruan para pengumpul. sebenarnya banyak rekabentuk dari syarikat minuman ni menarik minat mereka yang memandangnya. papan tanda dari kertas (kad papan tanda) ni sebenarnya antara item yang sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia kolektor. ramai kata, mengumpul adalah hobi yang mahal, sebenarnya tidak, kita boleh mulakan dengan item-item yang kecil dan murah.

harus di ingat, hobi mengumpul ni juga ibarat satu pelaburan dalam diam. selagi ada peminat, selagi itulah harga barang ni boleh memberi pulangan


terpulang kepada kreativiti anda untuk menaikkan nilai intrisik paper sign ni... anda juga boleh bingkaikan dan jadikan perhiasan di dinding bilik atau ruang tamu... pasti ada yang tak jemu memandang..

harga:RM35

hon klasik tembaga

salam, 

dalam diam minat aku dengan barang-barang klasik ni semakin mendalam. dengan beberapa entri sebelum ini, aku bertambah minat dengan seni dan design barang-barang lama ni. seakan ada aura tertentu apabila memandang dan menyentuhnya...

apatah lagi dapat berkongsi perasaan tu dengan pembaca blog ni.... oleh itu, barang-barang yang disenaraikan dengan harga bukanlah semata- mata untuk keuntungan tetapi ianya juga untuk berkongsi rasa aura barang lama ni...

untuk kali ini, aku kongsikan 2 hon klasik, ianya masih berfungsi dan boleh mengeluarkan bunyi yang mantap. boleh terkejut badak dibuatnya... hehehe


yang pertama ni memang kuat bunyi dia. nak jual, mana tau ada yang berminat. bukan untuk digunakan tapi cukup cantik jika dipamerkan di almari... tentu menjadi "ice breaker" perbualan bersama rakan-rakan

harga: RM699 neg.




yang bawah ni, kecik sikit dari yang atas, tetapi kehebatan bunyinya juga tidak kurang hebatnya. walaupun kondisinya agak lusuh, ianya masih berfungsi dengan baik dan cantik diletakkan di almari 

harga: RM470

Friday, July 4, 2014

tin toy klasik, lori panda

PANDA... binatang yang pernah menjadi trending di lama sosial sebelum puasa 2014. gara-gara kedatangan panda yang menjadi tanda jalinan persahabatan kerajaan China dan kerajaan Malaysia selama 4 dekad...

dalam pada diorang kecoh-kecoh tu... aku terjumpa dengan lori panda ni..



amacam... comel tak? siap ada panda 2 ekor lagi. entah kenapa, bila terpandang lori ni... berlegar cerita-cerita alam siber  dalam kepala dan tanpa sedar aku tersenyum...

jadikan memori kenangan manis kedatangan panda ke Malaysia dengan memiliki tin toy klasik ni... sesuai untuk hiasan dan yang pasti, akan menjadi "ice breaker" untuk memulakan perbualan. 

harga: RM135

botol coke 3 liter Santa Claus

Ho...Ho.. Ho... nak jual botol ni...

isk... botol besar siap dengan  shawl. muffla merah... perghhh, tapi dalam pada ramai2 ni, memang rare... cantik kalau buat perhiasan dalam almari untuk tatapan tetamu...


pergh... terbayang botol besar ni then buat hiasan cantik jugak. jgn ada yang teridam2 ...perghhh terbaik!  cuma nasib baik je takde kereta rusa dan beg hadiah yg kaler merah tu...

RM380

tin pepsi dan sprite 8oz, jarang kita dapat tengok

kecik!

tu reaksi aku bila terjumpa tin coke dan sprite ni, memang tak puas kalau nak dinikmati di bulan puasa ni. bak kata orang, "celah gigi"..

ape dah bulan2 puasa dok cerita minum-minum ni, nanti yang lemah syahwat, eh.. lemah iman. terliur-liur sampai menitik air liur bila ternampak makanan dan air sejuk... terutama di hari yang panas!



geram tengok, kecik comel je bentuknya. almaklumla, 8 oz. mana nak jumpa lagi sekarang ni... dah kira rare pasal yang aku tau, klau coke memang dah tentu2 ramai peminat dan semestinya byk dah di miliki... tapi pepsi, tak ramai yg berminat...

ada sesapa berminat nak meminang? mas kahwin tak mahal mana pun...

1 tin - RM30
2 tin - RM57

jangan tunggu lama-lama ye.. nanti kekasih diambil orang

Thursday, July 3, 2014

botol guli, tapi dari luar negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tiba-tiba untuk entry kali ini, botol guli,,, kalau nak diikutkan dah lama aku nak tgk dengan mata kepala aku sendiri..

jeng...jeng...jeng!!!!!

ini rupanya botol guli... LIVE depan bijik mata sendiri...



hehe... betul la... memang ada guli... perhati betul-betul kat leher botol tu. sebenarnya guli tu bertindak sebagai "stopper" untuk elakkan gas dalam minuman ringan. lama dah usia botol ni...

nak jual...

harga: RM 380 tak termasuk pos


selamat menjamu mata...


selamat menjamu mata,,,,