iklan

Saturday, July 19, 2014

ini bukan batu nisan, parut kelapa klasik

salam...

sekarang kita parut guna mesin. tak sampai berapa minit dah siap bila parut sebiji kelapa. lagi time nak raya ni, nak ambil santan buat dodol dan kuih muih, juga hidangan lainnya.

biasa kita jumpa, parut kelapa manual ni bentuk dia macam kuda. tapi kali ni terjumpa bentuknya memang lain dari yang lain. cukup unik dan menarik. hasil selongkaran di kedai antik yang aku jadi "agen jualan" tu.

inilah bentuk dia... bukan selalu jumpa ni..

tapi ingat, ini bukan batu nisan zaman kesultanan nelayu melaka tau... walaupun bentuknya "agak menyeramkan, dan nampak ianya semakin dimamah usia, nilai estetika yang ada dah tentu dapat menarik perhatian siapa sahaja yang memandangnya

UNTUK DIJUAL

disebabkan keunikannya dan barang yang rare, harga pun agak rare juga

RM350 tak termasuk pos

Friday, July 18, 2014

military memoribilia collection

salam.. dah beberapa hari tak bersiaran, lama jugak kan...

sebelum meneruskan coretan, diam sejenak, panjatkan doa dan Al fatihah untuk mangsa tragedi MH17 yang dipercayai ditembak jatuh. rakamkan juga ucapan takziah untuk keluarga dan waris terdekat mangsa. semoga mereka tabah menghadapi ujian maha berat ini. doakan juga kerajaan malaysia mendapat sokongan sebaiknya dari segenap penjuru dunia untuk menangani krisis ini. tak lupa juga kepada penerbangan malaysia (MAS) kerana ini tragedi ke dua yang menimpa mereka.

 mereka semua perlukan sokongan moral dari kita.

baiklah, setelah beberapa minggu asyik dengan perkongsian barang-barang klasik, hari ni saya nak berkongsi satu lagi hobi yang mula mendapat perhatian generasi muda. mengumpul barang-barang yang berkaitan ketenteraan.

tak pernah terlintas di hati saya, terdapat satu kumpulan pengumpul barangan seperti ini. dari uniform hinggalah ke barangan lain yang biasanya digunakan oleh pasukan keselamatan. pernah terdetik ketika saya "window shopping" di kedai-kedai bundle, "ada permintaankah pakaian celoreng ni?" terutama pakaian celoreng dari luar negara. ternyata pandangan saya meleset!

memang ada permintaan. paling mencabar apabila mahu mencari saiz yang sesuai. maklum sajalah... saiz yang ada kebanyakannya saiz eropah dan amerika. sudah tentu ini memberi "thrill" yang amat memuaskan seseorang apatah lagi seragam yang dibeli dapat digayakan!

bukan sahaja seragam, ada juga pengumpul barangan yang berkaitan dengan tentera seperti "patch", pingat, pangkat, lambang, tongkat, kasut, helmet dan bermacam lagi.

wah.. dah macam melalut. teruja bila saya mengetahui ada hobi-hobi "luar biasa" dan unik. mungkin ada yang berkata, hobi ini telah lama bertapak, tapi bagi saya yang baru terjumpa hobi ini, mereka yang mempunyai minat mengumpul barang ketenteraan boleh menjadi model untuk menarik minat generasi muda menyertai tentera atau setidak-tidaknya dapat memberi kesedaran dan pendidikan berterusan kepada masyarakat tentang kepentingan barisan hadapan pertahanan negara.


 Diharapkan, satu hari nanti komuniti pengumpul barang ketenteraan ini akan terus berkembang dan terus melangkah maju dengan roadshow dan pameran-pameran seperti mana pengumpul barangan lain.











pakaian celoreng yang di"issue" untuk tentera malaysia adalah barang terkawal. juga sekatan memakai seragam tentera oleh orang awam.

 ramai yang arif tentang sekatan ini. 

seharusnya memang begitu, bukan sahaja seragam tentera (malaysia), malah seragam pasukan keselamatan lainnya sepertisukan keselamatan (malaysia) yang sebenar yang menyumbang kepada negara (malaysia).







kepada yang berminat dengan hobi ni, bolehlah klik link fb ni... boleh belajar sikit2 pasal uniform dan lain2.... https://www.facebook.com/groups/245892912121301/

Wednesday, July 9, 2014

seterika stim menggunakan arang, biar betul!

seterika stim arang? biar betul...!

itulah perkataan yang terpacul dari mulut seorang rakan. seakan tidak percaya, teknologi seterika stim telah bermula sejak teknologi seterika arang lagi.

dipercayai seterika ini dibawa masuk dari luar negara. ya, saya sendiri pun kagum dengan kreativiti dan inovasi seterika arang ni. pastinya, memiliki seterika arang baik yang biasa, seterika arang ayam (yang ada patung ayam di hujung hadapan seterika) pasti ramai yang akan mengkagumi seterika arang ni.

apatah lagi seterika arang stim yang unik lagi jarang ditemui.

*maaf, kualiti gambar kurang memuaskan

nampak tak tangki ar yang bulat dihadapan dan pamnya. inilah teknologi setereia stim arang yang sepanjang hidup saya, baru pertama kali saya temuinya. kondisi agak baik sesuai dengan usia.

pemilik asal seterika ni ingin melepaskan hak milik seterika kepada pemilik baru. jika anda berminat, bolehlah tinggalkan email diruang komen. saya akan berurusan dengan anda semua.

harga, boleh tahan mahal. sebab,amat jarang didapati.. hasil google juga tidak begitu memberangsangkan. jadi harga yang ditawarkan seakan lelongan.

RM888 
tidak termasuk pos atau ambil sendiri (COD dengan booking deposit)

nota: tuan punya cakap, kalau ada yang tawarkan harga lebih tinggi dari RM1000, terus jual... dia pesanlah... saya ikutkan saja.

eh.. ada satu lagi pesanan dia, JANGAN BUAT NGANGKUNG!