iklan

Wednesday, September 10, 2014

BNM lelong wang kertas nombor siri istimewa

lelongan nombor istimewa wang kertas... cantik2 nombornya... fuh... harga dah tentu up gila gila...

dan kenapa aku rasa aku belum layak untuk jadi pengumpul wang... kosnya agak tinggi...

dan aku juga masih belajar dan merangkak dalam arena pengumpulan duit ‘’rare and collectible‘’ ni...

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan jualan lelong wang kertas Malaysia bernombor siri istimewa buat julung kali pada 27 September ini kepada orang ramai di Auditorium Sasana Kijang, BNM.

BNM dalam kenyataannya hari ini berkata, jualan lelong itu akan dikendalikan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh bank pusat itu.

Jualan lelong itu bertujuan memberi peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperoleh wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan, contohnya CC8888888 atau AY1234567.

Wang kertas bernombor siri istimewa mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas.

Jualan lelong itu juga adalah antara inisiatif BNM untuk menyuburkan minat dan pemahaman yang lebih baik mengenai bidang numismatik dalam kalangan orang ramai.

Hasil daripada jualan lelong itu akan digunakan untuk menyokong program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BNM termasuk menyediakan peralatan secara percuma bagi membantu golongan kurang upaya penglihatan dan peruncit kecil mengenal pasti dan mengesahkan ketulenan wang kertas.

Hasil jualan juga akan digunakan untuk program jangkauan bagi mendidik orang ramai teknik pengesahan wang kertas dan duit syiling selain cara yang betul mengendalikan wang kertas polimer.

No comments: