iklan

Friday, November 28, 2014

koleksi duit timah zaman kesultanan melayu

pieces of history... tampang timah selangor, pitih (lengkap) dan pitih (loose)... inilah kali pertama dapat sentuh, pegang dan tengok dgn mata kepala sendiri... sebelum ni tgk dalam buku sejarah... jika berminat miliki salah satu koleksi ni, sila tinggalkan medium hubungan di ruangan komen

tampang timah selangor, RM1000

RM2000
loose coin, RM25 sekeping

Sunday, October 19, 2014

laman koleksi dan antik, laman baru jualan barangan antik dan koleksi

lama rasanya tak menarikan jejari kontot ni. lama juga tidak update blog koleksi dan antik di sini. kekangan masa dan "kekangan idea menjadi penghalang.

setelah beberapa bulan menceburi bidang penjualan antik dan koleksi, kini terbitlah satu lagi ahli keluarga yang dapat membantu memudahkan penjualan barangan antik dan koleksi ni. satu laman facebook telah dibangunkan agar mudah untuk sy melakukan perkongsian barangan yang hendak ditawarkan kepada para kolektor diluar sana.

sila like laman jualan "laman koleksi dan antik" untuk mengetahui secara langsung dan pantas tentang barangan yang menjadi jualan.

mengenai harga yang tertera, itu bukanlah harga tetap, anda masih boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik mengikut kemampuan anda.

JOM... LIKE PAGE "laman koleksi dan antik" di facebook. 

sesuatu yang menarik mungkin akan mencuit minat anda...

Wednesday, September 10, 2014

BNM lelong wang kertas nombor siri istimewa

lelongan nombor istimewa wang kertas... cantik2 nombornya... fuh... harga dah tentu up gila gila...

dan kenapa aku rasa aku belum layak untuk jadi pengumpul wang... kosnya agak tinggi...

dan aku juga masih belajar dan merangkak dalam arena pengumpulan duit ‘’rare and collectible‘’ ni...

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan jualan lelong wang kertas Malaysia bernombor siri istimewa buat julung kali pada 27 September ini kepada orang ramai di Auditorium Sasana Kijang, BNM.

BNM dalam kenyataannya hari ini berkata, jualan lelong itu akan dikendalikan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh bank pusat itu.

Jualan lelong itu bertujuan memberi peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperoleh wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan, contohnya CC8888888 atau AY1234567.

Wang kertas bernombor siri istimewa mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas.

Jualan lelong itu juga adalah antara inisiatif BNM untuk menyuburkan minat dan pemahaman yang lebih baik mengenai bidang numismatik dalam kalangan orang ramai.

Hasil daripada jualan lelong itu akan digunakan untuk menyokong program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BNM termasuk menyediakan peralatan secara percuma bagi membantu golongan kurang upaya penglihatan dan peruncit kecil mengenal pasti dan mengesahkan ketulenan wang kertas.

Hasil jualan juga akan digunakan untuk program jangkauan bagi mendidik orang ramai teknik pengesahan wang kertas dan duit syiling selain cara yang betul mengendalikan wang kertas polimer.