iklan

Monday, August 4, 2014

hobi mengumpul setem, hobi klasik yang masih ada peminatnya

teringat masa zaman sekolah, hobi yang tak ramai peminatnya. boleh dikatakan "rare" atau jarang-jarang kita ketemukan.

aku sendiri pun dah melupakan hobi ni. walaupun minat terhadap barang-barang antik dan barang-barang "collectible" kukuh tertanam jauh disanubari, hobi mengumpul setem ni seakan menjauh. entahlah, walaupun hobi mengumpul setem ni dijadikan salah satu hogi yang diperkenalkan semasa sekolah rendah dulu apabila membicarakan tentang hobi oleh cikgu, auranya hanyalah sekejap... suam-suam kuku sesetengah orang kata....

jangan marah ye para pengumpul setem tegar...

hampir 6000 keping setem setiap buku
hingga ada satu masa ketika aku mula berjinak-jinak menjual barangan "collectible" ni. terpandang juga satu sudut kedai yang aku sekarang jadi ala-ala agen penjual. entah.. aku seakan kabur dengan pasaran setem ni. buat sekian kalinya aku ketepikan. lagipun pengetahuan aku mengenai setem ZERO!

suatu hari aku terdetik, tak salah cuba mencari pasaran, atau sekurang-kurangnya cuba mencari pengetahuan. langkah pertama, aku cuba menaip di ruangan "search" di fb.

GOTCHA!, ada pun beberapa group pengumpul setem ni... barulah gatal tangan nak menyelak dan menyelongkar sudut setem kat kedai tu...

tak sangka, secara kasar, 30 RIBU setem!, banyak tu... ada 4 buah album setebal 64 muka surat penuh dengan setem. 1 buah penuh dengan setem malaysia dan 3 buah lagi setem dari serata dunia....

fuh... andaikata aku ni pengumpul tegar, mau aku BORONG semua setem-setem tu dan cuba jual dalam pakej kecil. pasti MENGUNTUNGKAN!. dan album ni dijual RM1500 sahaja! kira borong setem-setem yang ada tu.

setem lama di atas sampul surat
ada pelbagai setem, dari zaman sebelum merdeka hinggalah zaman kini. masih cantik dan masih menarik, dari segi cara penyimpanan, ianya mendatangkan idea bagaimana sesetengah pengumpul menghargai koleksinya. contohnya seperti di atas. boleh buat sendiri jika ada sedikit koleksi yang tersimpan atau boleh mula mengumpul sedikit demi sedikit. lebih mudah membelinya sahaja. tak mahal manapun, RM25 sahaja

setem yang diframekan, cantik dan kreatif
ada juga yang framekan koleksi setem mereka untuk kelainan. memang cantik dan menarik. boleh gantikan gambar-gambar yang biasa kita gantung sebagai perhiasan dinding. memang ada auranya. tak percaya, tengoklah contoh hasilnya. hanya RM70 sahaja kalau ada yang berminat.

post ni sebagai contoh sahaja. jika anda berminat, bolehlah tinggalkan e-mel atau apa sahaja medium perhubungan yang mudah untuk dihubungi di ruangan komen di bawah.anda akan dapat gambar detail stok yang ada dan ianya terhad.

selamat mengumpul..

No comments: