iklan

Tuesday, July 29, 2014

lampu basikal classic yang mesra alam jenama Elephant

salam,

selamat hari raya, post hari ni mengimbau kenangan masa dulu yang mana salah satu aksesori wajib untuk basikal iaitu lampunya, dikuasakan dengan dinamo 12v menjadikan ianya satu alat yang mesra alam. dah lama tak jumpa dah semenjak kebanjiran "mountain bike" dan bermacam jenis basikal moden lain.



zaman dulu-dulu, kalau menunggang basikal di waktu malam, lampu ni lah jadi "talian hayat" untuk menerangi perjalanan yang gelap pekat. mana tidaknya, terbayang kesukaran untuk menyuluh jalan menggunakan lampu suluh. silap haribulan, tersungkur akibat hilang kawalan apabila terlanggar akar yang timbul atau ketul batu yang besar. zaman dulu kan banyak jalan tak berturap lagi.

saya juga pernah menggunakan lampu ni, kuasa lampu "mesra alam" ini dibekalkan oleh dinamo yang menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. pelajaran sains kau!. terang bila berkayuh dengan laju tetapi akan malap jika berkayuh dengan perlahan.

tapi awas, jangan terlalu laju, nanti mentol lampu terbakar. alamat gelap sepanjang jalan. kena pulak jalan kampung, terasa gelap gelita dan terasa keseramannya...

kenangan lama seronok jika dikongsi, maklum sajalah, tiada lama tiada yang baru, tiada basikal tua klasik, tiadalah pelbagai basikal moden berteknologi tinggi. lampu basikal ni hendak dijual.kepada sesiapa yang suka kepada basikal klasik, lampu ini akan menjadi satu "aksesori wajib" untuk melengkapkan penampilan sesebuah basikal...



UNTUK DIJUAL

RM40 
*tak termasuk pos
*tanpa dinamo

No comments: