
mereka semua perlukan sokongan moral dari kita.
baiklah, setelah beberapa minggu asyik dengan perkongsian barang-barang klasik, hari ni saya nak berkongsi satu lagi hobi yang mula mendapat perhatian generasi muda. mengumpul barang-barang yang berkaitan ketenteraan.
tak pernah terlintas di hati saya, terdapat satu kumpulan pengumpul barangan seperti ini. dari uniform hinggalah ke barangan lain yang biasanya digunakan oleh pasukan keselamatan. pernah terdetik ketika saya "window shopping" di kedai-kedai bundle, "ada permintaankah pakaian celoreng ni?" terutama pakaian celoreng dari luar negara. ternyata pandangan saya meleset!
memang ada permintaan. paling mencabar apabila mahu mencari saiz yang sesuai. maklum sajalah... saiz yang ada kebanyakannya saiz eropah dan amerika. sudah tentu ini memberi "thrill" yang amat memuaskan seseorang apatah lagi seragam yang dibeli dapat digayakan!
bukan sahaja seragam, ada juga pengumpul barangan yang berkaitan dengan tentera seperti "patch", pingat, pangkat, lambang, tongkat, kasut, helmet dan bermacam lagi.

Diharapkan, satu hari nanti komuniti pengumpul barang ketenteraan ini akan terus berkembang dan terus melangkah maju dengan roadshow dan pameran-pameran seperti mana pengumpul barangan lain.

pakaian celoreng yang di"issue" untuk tentera malaysia adalah barang terkawal. juga sekatan memakai seragam tentera oleh orang awam.
ramai yang arif tentang sekatan ini.
seharusnya memang begitu, bukan sahaja seragam tentera (malaysia), malah seragam pasukan keselamatan lainnya sepertisukan keselamatan (malaysia) yang sebenar yang menyumbang kepada negara (malaysia).
kepada yang berminat dengan hobi ni, bolehlah klik link fb ni... boleh belajar sikit2 pasal uniform dan lain2.... https://www.facebook.com/groups/245892912121301/
No comments:
Post a Comment