iklan

Wednesday, March 9, 2011

vespa lama


sambung balik apa yang aku dapat masa sesi percutian seminggu tu.... masa sampai kat rumah kawan aku tu, aku terpandang sebuah vespa, vespa kalau nak diikutkan dah dikira antik... tak tunggu lama aku pun terus snap beberapa keping gambar.










Vespa ni milik ayah kepada kawan aku ni.....dah jarang digunakan akibat sparepart yang agak susah dicari dikawasannya.... jenis dan model ape, aku tak pasti pasal tak sempat tanya kat ayah kawan aku tu.... ermhh takpelah....rasanya ada antara readers yang tau detail pasal vespa ni kan.... jadi jika ada maklumat boleh la kongsi sama kat ruangan komen

Monday, March 7, 2011

batu pengisar lama

salam.....jumpa lagi... sambungan kisah cuti-cuti seminggu, lepak kat rumah sorang member ni.... adoyai. terjumpa pulak dengan benda  yang cukup-cukup lama.... penggunaan alat ni dah di'pupus'kan dengan kehadiran pengisar elektrik yang moden...

batu pengisar lama, masih utuh dan elok. ada 2 bahagian

pengisar batu granit ni...dulu-dulu memang cukup popular.... tak caya tanya makcik-makcik atau nenek-nenek. mesti diorang cukup mengenali barang ni....
 
beginilah rupa sebenar kedudukan pengisar tersebut

usia sebenar tak dapat dipastikan tapi masih dalam keadaan yang cukup sempurna, dengan alur dan lubang yang masih kekal, ternyata alatan batu ni cukup bertahan dilanda ombak zaman

lubang untuk dimasukkan kayu pemegang

masa aku ditunjukkan, pengisar ni dah jadi alas untuk meletak pasu bunga dan punya lah lama "berkhidmat"sebagai pengalas, cukup tebal lumut yang menumpang dan juga pepasir yang melekat. syukur, tak sangka aku masih dapat tengok menda nie secara live...ingatkan aku cuma dapat tengok kat blog-blog sahabat collector je.....

lubang untuk memasukkan bahan-bahan yang hendak dikisar

muncung aliran keluar bahan yang telah dikisar
keadaan masih tip top, nampak berkilau kan? sebenarnya pengisar ni baru lepas "dimandikan" dan digosok dengan pasir sungai (kebetulan rumah kawan tu ada sungai kecik kat belakang rumah) terserlah keindahan dan keaslian buatan pengisar lama ni....

Saturday, March 5, 2011

set koleksi coke untuk dijual

fuh...baru gatal balik nak menaip... setelah meronda disekitar johor bahru dan kota tinggi, cuti-cuti malaysia la katakan.... jadi hasil pertama untuk tatapan korang....speciall offer  ni....

sape nak? sila letak harga anda....satu rak tu...punya la meleleh aku tengok....

aku jumpa masa aku melawat  kota tinggi....masa cuti-cuti seminggu tu...tengah dok melayan koleksi pakcik ni boleh pulak pakcik tu offer kat aku....

"anak berminat? kalau nak pakcik tolak kat anak ni, ambikla semua....dengan rak-rak tu pakcik tolak sekali.... senang cerita...."


ambomak.... pitam sekejap aku....ikutkan hati memang nak sambar.... tapi...seluk poket...adeh...adehhh.... tahun ni ada bajet besar nak "bina masjid"....ermmm takpelah... aku offer kat collector lain lah.... kalau korang berminat....meh la offer...pasal pakcik tu tak call aku lagi ni.... dia ckp kalau dah ada yang beli nanti dia call aku.... so... sape berminat...sila offer korang nye harga ya.....kira dia lelong la rak ni....

isk isk isk....meleleh...meleleh.....