iklan

Monday, March 7, 2011

batu pengisar lama

salam.....jumpa lagi... sambungan kisah cuti-cuti seminggu, lepak kat rumah sorang member ni.... adoyai. terjumpa pulak dengan benda  yang cukup-cukup lama.... penggunaan alat ni dah di'pupus'kan dengan kehadiran pengisar elektrik yang moden...

batu pengisar lama, masih utuh dan elok. ada 2 bahagian

pengisar batu granit ni...dulu-dulu memang cukup popular.... tak caya tanya makcik-makcik atau nenek-nenek. mesti diorang cukup mengenali barang ni....
 
beginilah rupa sebenar kedudukan pengisar tersebut

usia sebenar tak dapat dipastikan tapi masih dalam keadaan yang cukup sempurna, dengan alur dan lubang yang masih kekal, ternyata alatan batu ni cukup bertahan dilanda ombak zaman

lubang untuk dimasukkan kayu pemegang

masa aku ditunjukkan, pengisar ni dah jadi alas untuk meletak pasu bunga dan punya lah lama "berkhidmat"sebagai pengalas, cukup tebal lumut yang menumpang dan juga pepasir yang melekat. syukur, tak sangka aku masih dapat tengok menda nie secara live...ingatkan aku cuma dapat tengok kat blog-blog sahabat collector je.....

lubang untuk memasukkan bahan-bahan yang hendak dikisar

muncung aliran keluar bahan yang telah dikisar
keadaan masih tip top, nampak berkilau kan? sebenarnya pengisar ni baru lepas "dimandikan" dan digosok dengan pasir sungai (kebetulan rumah kawan tu ada sungai kecik kat belakang rumah) terserlah keindahan dan keaslian buatan pengisar lama ni....

1 comment:

whycollect said...

Pengisar batu granite ini memang tahan lasak. Tahniah nitestalker :)