iklan

Thursday, March 24, 2011

kenangan blues motorsikal modenas jaguh

motorsikal jaguh, keluaran modenas, dah lama tak nampak semenjak dihentika keluarannya pada tahun 2004 kalau tak silap... mungkin kerana kurang sambutan atau kurangnya minat pengguna motorsikal yang berbentuk easy rider berbanding motor kecil berkuasa (motor cub)... mungkin juga pengaruh "rempit" menenggelamkan kehadiran motorsikal ni....


heheheh mesti korang ingat lagi kan motor ni....mula dikeluarkan tahun 1995 dan dihentikan 10 tahun kemudian.... secara peribadi aku memang bercita-cita nak beli satu....asalkan ada offer yang baik.... mungkin aku akan beli.... memandangkan motor ni dah lama "hilang" dari pasaran.... maka hanya mereka yang sudah memilikinya akan "terasa" bertapa bernilainya motor ni.... apetah lagi jika 20 tahun atau 30 tahun akan datang, nilainya pasti melonjak...kerana apa... susahnya nak dapat motor ni.... mungkin lepas ni cuma collector aje kut yang simpan....  sama macam honda cub lampu bulat 50cc dan 70cc....ada sesapa ada motor ni?


sambung cerita, aku bukan nak jual beli motor.... tapi nak share aksesori motor tersebut.... side bag motor ni aku jumpa dalam bangsal rumah kawan aku.... nampak cool walaupun tak sesempurna yang baru... ada beberapa butang dah tanggal.... tapi kondisi beg ni masih baik tanpa ada koyakan....


nilaikan sendiri... aku tak check sangat material dia....getah atau kulit aku tak sure...cuma yang pasti memang ada dalam bangsal simpanan kawan aku tu...belum masa aku nak "meminang" beg ni lagi....biarlah dia duduk diam-diam....

arghh aku macam dah gatal tangan nak selongkar "somebody's barn" bahana dok tengok "american pickers"

macam nak kata.... "others maybe see it as trash, but for me, i'm see it as CASH!"...

No comments: