iklan

Monday, March 28, 2011

cawan nescafe, antara koleksi dalam almari bhg 1

Masih lagi aku nak bercerita pasal hasil pencarian aku kat rumah kawan aku ni..tak sangka, menjangkau sebulan percutian aku habis, apa yang aku nak cerita masih tak habis-habis lagi... mesti korang macam bosan kan....asik cerita benda sama je....

entahlah...tapi aku masih nak bercerita dan terus bercerita.... selagi pada pandangan aku menarik...aku akan terus kongsikan untuk korang semua

aku teruskan penyelongkaran....dan aku terjumpa benda ni.... mungkin tak berapa menarik... pinggan mangkuk biasa aje....rasanya taklah selama mana pun pada pandangan aku.... tengok cara pembuatan dan design.... ianya masih baru...tapi tak sangka dah lama...lebih lama dari usia aku!..... lebih 30 tahun dalam simpanan woooo....




tiba-tiba aku ternampak cup nescafe, ummmm menarik...aku pernah nampak dalam blog someone dan dalam gambar je....tetapi yang ni aku dapat pegang, sentuh, rasa dan tengok dengan mata kepala aku sendiri... aku tau para collector akan ada rasa dan perasaan yang sama... bila dapat menghayati sesuatu benda yang pada diri dia amat menarik.....
setelah diletakkan di kedudukan sebenar... memang menarik kan.... berbaloi dan puas hati walaupun bukan milik aku....tapi aku rasa puas.. puas kerana apa... puas aku dapat tatap sesuatu yang belum aku tengok... ermmm apakah satu hari nanti akan dipinang dan dipamerkan untuk tatapan orang lain di rumah aku sendiri? ada kemungkinan tapi... terlalu kecil kemungkinan tu.....
 

ermmm satu lagi design nescafe... peminat koleksi nescafe mesti suka tengok cawan yang ke 2 ni.... secara peribadi aku pun tak pernah tengok dan nampak cawan ni lagi.... siap ada cap pengeluar dia...design by nikko, oriental ceramic malaysia...anak syarikan claytan group. so sesapa yang nak tengok sila besarkan gambar tu ye....hihiih...  buatan tempatan...tapi kualiti memang terbaik



piring pelapik cawan... putih menarik dengan logo dan jalur berwarna coklat.... dan dapat dirasakan, selama ia dimiliki, belum pernah setitik nescafe pun berada dalam cawan ni... (mint condition)... issskkk geram lapulak tengok koleksi kat rumah kawan aku ni....



tara.....ni lah beginilah rupa cawan nescafe tersebut.... cantikkan... dan kepuasan inilah yang aku dapat rasakan... walaupun aku tau cawan ni sekadar freegift, tapi design, san rupabentuk cawan "cenderahati" ni memang menarik....dan paling menarik, ianya adalah "limited edition", sesapa yang ada, tentunya susah untuk diaserahkan kepada orang lain dan kebiasaan sesuatu yag percuma takkan bertahan lama dalam simpanan... ye lah, percuma, sedangkan yang dibeli pun jarang yang kekal...kan...kan....

3 comments:

mykhalis said...

bile kolesksi ni kalau ada banyak2 baru best kan?kalau setakat ada 1 2 orang tak heran..hehe..

Unknown said...

tu la pasal.... kalau dpt byk....mesti meleleh org tgk...tp apekan daya....cuma mampu kongsi ape yg ada.... mana tau ada yang berminat....

nikths said...

lawa bro..kedua2 cawan saya belum ada lagi tapi pernah terlepas bila nak membeli.yang hitam kuning Nescafe Gold tu rasanya kat blog semipurbastore ada posting.