lama tak post barang baru, seminggu admin diserang sakit kepala... asyik nyut-nyut je... entahlah apa punca, nasib baik tak kena darah tinggi... Alhamdulillah...
hunting sempena baiknya sakit kepala... pembuka botol fraser and neave, rustic, old forgotten... admin pun tak perasan pada mulanya. sekali pembuka botol yang kesepian seakan berbisik lembut...
"psst... sini... sini... aku yang karat dilupakan, dah byk kali ko datang sini tapi aku ko tak perasan.... mentang-mentang la aku karat...ko buat tak nampak ye..."
seakan merayu2... aku pegang, aku sentuh... aku belek... ermmm menarik kalau dapat carikan tuan baru.... kesian dia... karat kurap pada sesetengah orang tidaklah menarik berbanding kusam usia (patina). tapi pembuka botol ni seakan terus "ber-telepathi" karat kurap aku ni cantik.... karat kurap aku ni cantik.... admin terpana sendirian....
nilaikan sendiri, mata anda lebih cekap!, hantaran si karat kurap hensem jelita ni hanyalah RM40, si hensem jelita ni belanja kos pos.... asalkan sudi menjadikan dia koleksi...
iklan
Monday, February 16, 2015
Thursday, February 12, 2015
mesin taip klasik,
semua sedia maklum, ada yang pernah menggunakannya, ada yang tak pernah gunakannya langsung. mesin pemprosessan perkataan paling awal. kesemuanya masih berfungsi. hanya servis minima diperlukan untuk kembalikan kondisi tip top mesin taip ni.
harga, amat berpatutan, RM180 untuk setiap unit termasuk penghantaran ke serata semenanjung malaysia. jika berminat, sila tinggalkan contact diruangan komen atau terus email admin di misbah.thahir@gmail.com.
1. Crown 500
2. model underwood
harga, amat berpatutan, RM180 untuk setiap unit termasuk penghantaran ke serata semenanjung malaysia. jika berminat, sila tinggalkan contact diruangan komen atau terus email admin di misbah.thahir@gmail.com.
1. Crown 500
2. model underwood
3. Olivetti DORA
sempoa nestle, calculator manual jimat elektrik
teringat admin gi kedai basikal uncle berbangsa tiong hua masa kecik2 dulu. seronok tgk uncle tu mengira dengan "kalkulator manual" dia... lepas beli barang, mulalah dia menarikan jarinya di "kalkulator manual" dia... terus dia sebut jumlah yang sepatutnya dibayar. kadang2 saja sakat uncle taukeh tu, mintak kurang... buka ape, suka tgk jari2 uncle tu menari kat sempoa ni. kadang semacam dia faham yg admin cuba mengusik, lepas buat kira2, terus dia bagi tau, "adik, tak muleh lah, sudah manyak murah" sambil tersenyum... senyuman berbalas bayaran dibuat, terima kasih diucap... balik dengan senang hati...
kalkulator manual aka sempoa jenama nestle (premium gift mungkin)... RM40 siap pos...
kalkulator manual aka sempoa jenama nestle (premium gift mungkin)... RM40 siap pos...
Subscribe to:
Posts (Atom)