iklan

Wednesday, March 21, 2012

10 Sen Boleh jadi RM280

sehari ni, ada 2 3 orang sahabat kolektor menulis tentang seorang kolektor dan juga boleh dianggap sebagai seorang "sifu" numis. dan blog sifu ni pun aku ada follow jugak. penuh dengan maklumat terutama kepada mereka yang berminat dengan pengumpulan matawang....

di sini, keratan akhbar yang aku dapatkan dari kosmo, ape pun, tahniah mr. Dickson Niew, sekurang-kurangnya mereka yang berminat dengan "bidang" pengumpulan duit, bolehla jadikan blog anda sebagai rujukan

kosmo 21 mac 2012, klik untuk besarkan
jadi, kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dan berminat untuk jadi pengumpul duit, korang bolehla layari blog beliau di http://dniewcollectors.blogspot.com/

selamat menambah pengetahuan

Tuesday, March 20, 2012

Nestlé Malaysia 100 Years Celebration Video Clip - satu imbauan memori


Satu imbauan memori bila tengol video ni.... boleh senyum sendirian.... ada sesapa yang nak join contest nestle? buat video klip dan menang wang tunai...

Wednesday, March 14, 2012

video - classic soda on sales

soda klasik, yang jenamanya mungkin dah tak wujud lagi berada di rak dan sedia untuk dibeli.macam-macam jenama dan pelanggan berpeluang merasainya. dek kerana bekalan terhad, maka setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli satu crate sahaja

tapi sayang, jualan ni hanya di amerika, mungkinkah ada satu hari nanti usaha-usaha untuk menghidupkan kembali soda klasik malaya yang semestinya generasi hari ini tidak pernah mendengarnya apatah lagi merasainya....

Thursday, February 23, 2012

Error duit syiling siri baru, die crack?

lama tak berkongsi, baru hari ni berkesempatan. syiling ni dijumpai ketika melancong di pulau mutiara, pulau pinang. baru perasan, terdapat kecacatan kecil pada duit syiling ni. anyway, betul ke die crack? ape kata mereka yang berpengalaman...

klik untuk imej lebih besar

perhatikan garis pada nombor kosong tu, ada semacam bentuk rekahan timbul. mungkin berasal dari retakan die syiling ini

klik untuk imej lebih besar
 gambar ke 2 mungkin lebih jelas, jadi ape kata mereka yang berpengalaman?

Wednesday, January 11, 2012

the history of pepsi logo

selalu kita disogokkan dengan coca cola, logo coca cola, produk coca cola dan juga pengikut dan pemminat coca cola semakin ramai. tak dinafikan, produk berkualiti dan cenderamata menarik banyak menjadi faktor penarik untuk sesuatu produk dan coca cola memang cukup cekap dalam merangka promosi.

bagaimana pula dengan pepsi? satu pesaing yang cukup komited menyaingi kehadiran coca cola. dengan promosi yang tidak kurang hebatnya, dapat juga memberi peluang untuk pengguna membuat pilihan dan penilaian. sekurang-kurangnya selain memberi saingan, dapat juga memecah monopoli kan...



apapun, kat sini nak dikongsikan mengenai evolusi logo pepsi dari zaman dulu hinggi kini... sekurang-kurangnya dapatlah kita kenal sejarah sesuatu produk dan taklah mengenali sesuatu produk hanya melalui promosi...

Friday, January 6, 2012

token rapidkl untuk pengguna lrt

masih takde dalam simpanan...iyelah, token tu akan "dipulangkan" setelah digunakan.... ni pun gambar yang diambil oleh puan isteri...

ermh... kan seronok jika rapidkl boleh mengeluarkan token-token dan juga kad rabbit dengan corak edisi terhad untuk dijual kepada kolektor-kolektor, tentu menarik kan....



token warna biru ni untuk tambang biasa, dan ada lagi satu versi iaitu warna merah untuk pengguna warga emas.

satu lagi, token  khas tahun baru, cuba carik gambar tapi masih tak jumpa di ruang cyber ni... mungkin ada sahabat-sahabat pembaca atau kolektor diluar sana yang memiliki gambar token tersebut? kalau ada bolehla kongsikan bersama....