iklan

Sunday, December 7, 2014

tampang buaya, another piece of history, item palin mahal dalam senarai jualan




alif-ya-mim, buaya! teringat dialog dari filem pendekar bujang lapok. bukan juga buaya bujang senang yang famous kat sarawak tu, juga tak boleh dijadikan "tangkal" pemikat udang galah. buaya ni adalah secebis dari sejarah matawang di semenanjung tanah melayu. tampang buaya dari timah pernah digunakan dalam urusniaga perdagangan zaman kesultanan melayu dulu. terpana sekejap memandang tampang buaya yang panjangnya lebih kurang 20 cm.

harga, memang keras, RM2500, sekeras dan sesusah untuk mendapatkanya.

Friday, November 28, 2014

koleksi duit timah zaman kesultanan melayu

pieces of history... tampang timah selangor, pitih (lengkap) dan pitih (loose)... inilah kali pertama dapat sentuh, pegang dan tengok dgn mata kepala sendiri... sebelum ni tgk dalam buku sejarah... jika berminat miliki salah satu koleksi ni, sila tinggalkan medium hubungan di ruangan komen

tampang timah selangor, RM1000

RM2000
loose coin, RM25 sekeping

Sunday, October 19, 2014

laman koleksi dan antik, laman baru jualan barangan antik dan koleksi

lama rasanya tak menarikan jejari kontot ni. lama juga tidak update blog koleksi dan antik di sini. kekangan masa dan "kekangan idea menjadi penghalang.

setelah beberapa bulan menceburi bidang penjualan antik dan koleksi, kini terbitlah satu lagi ahli keluarga yang dapat membantu memudahkan penjualan barangan antik dan koleksi ni. satu laman facebook telah dibangunkan agar mudah untuk sy melakukan perkongsian barangan yang hendak ditawarkan kepada para kolektor diluar sana.

sila like laman jualan "laman koleksi dan antik" untuk mengetahui secara langsung dan pantas tentang barangan yang menjadi jualan.

mengenai harga yang tertera, itu bukanlah harga tetap, anda masih boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik mengikut kemampuan anda.

JOM... LIKE PAGE "laman koleksi dan antik" di facebook. 

sesuatu yang menarik mungkin akan mencuit minat anda...

Wednesday, September 10, 2014

BNM lelong wang kertas nombor siri istimewa

lelongan nombor istimewa wang kertas... cantik2 nombornya... fuh... harga dah tentu up gila gila...

dan kenapa aku rasa aku belum layak untuk jadi pengumpul wang... kosnya agak tinggi...

dan aku juga masih belajar dan merangkak dalam arena pengumpulan duit ‘’rare and collectible‘’ ni...

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan jualan lelong wang kertas Malaysia bernombor siri istimewa buat julung kali pada 27 September ini kepada orang ramai di Auditorium Sasana Kijang, BNM.

BNM dalam kenyataannya hari ini berkata, jualan lelong itu akan dikendalikan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh bank pusat itu.

Jualan lelong itu bertujuan memberi peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperoleh wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan, contohnya CC8888888 atau AY1234567.

Wang kertas bernombor siri istimewa mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas.

Jualan lelong itu juga adalah antara inisiatif BNM untuk menyuburkan minat dan pemahaman yang lebih baik mengenai bidang numismatik dalam kalangan orang ramai.

Hasil daripada jualan lelong itu akan digunakan untuk menyokong program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BNM termasuk menyediakan peralatan secara percuma bagi membantu golongan kurang upaya penglihatan dan peruncit kecil mengenal pasti dan mengesahkan ketulenan wang kertas.

Hasil jualan juga akan digunakan untuk program jangkauan bagi mendidik orang ramai teknik pengesahan wang kertas dan duit syiling selain cara yang betul mengendalikan wang kertas polimer.

Saturday, September 6, 2014

new 1st day cover to be launch september 8, 2014

sneak peek...

disebabkan ‘’gangguan teknikal‘’, pelancarannya tergendala...

mungkin nasib aku baik, terserempak dengan program road tour philately southern 2014. sambil berbual dengan penjaga booth jualan... maka dihulurnya satu fdc(1st day cover) dan dia memberitahu yang fdc ni belum sempat dilancarkan lagi... tak silap akan dilancarkan hari isnin 8 september ni... apa lagi.. cepat siapkan apa yang patut..



f
fdc sempena hari kemerdekaan ini sepatutnya sudah dilancarkan, rasa sedikit bertuah bila dapat pegang fdc yanf masih belum dijual di mana mana pejabat pos ... 

Wednesday, September 3, 2014

ukulele monterey, aku yang dulu bukanlah yang sekarang

aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu-dulu aku ditendang sekarang aku di sayang....

cewahh... berangan jadi penyanyi dari seberang, tegar, tak dapat main dapat jual pun jadilah...

ukulele monterey dengan nombor model U175bk dibuat di China dan direkabentuk di Australia masih berkeadaan amat baik, tanpa kotak...

aku pun bukan pandai main benda ni...

huhu.... malu....

harga:RM75 tak termasuk pos...

kepada mereka yang berminat... bolehlah tinggalkan apa2 medium yang boleh dihubungi di ruangan komen  di bawah...

Tuesday, September 2, 2014

cara elakkan automatic update apps facebook

kita selalu bermain permainan di facebook... tapi tahukah anda ada permainan yang menggunakan aplikasi automatic update yang akan buat posting secara automatik ke wall facebook anda dan ianya adakala merimaskan.

apatah lagi jika bukan kita yang bermain permainan tersebut... sudah tentu mengundang pelbagai spekulasi.

ini tips dari seorang kawan sekolah. mungkin dapat memberi manfaat untuk kawan semua...

nak elak automatic sharing kat timeline, do this: in desktop facebook (gune laptop or PC ye, bukan facebook app kat phone), pegi settings (click arrow kebawah kat atas belah kanan, and then ade settings) kat column belah kiri ade tulis apps. click apps, nanti die akan display all apps yang gune facebook, termasuklah seme games. for each game yang nak disable automatic sharing to timeline, hover the cursor over each app, then akan ade icon pencil & X. click the pencil icon and under "App visibility and post audience", select "only me". buat untuk seme apps yang kite taknak share kat timeline. you can choose to delete the app from facebook tapi nanti takut game tak jalan plak.

bolehlah dicuba, semoga wall anda tidak memberi stress kepada anda dan teman-teman facebook anda

Friday, August 15, 2014

Timbang klasik lagi

Teringat masa kecik-kecik dulu... lebih tepatnya masa aku tingkatan satu... masa tu aku sekolah sesi petang.. jadi sebelah pagi aku gi tolong mak aku motong aka menoreh getah...
Nak kata skilled sangat pun tak... kira boleh la... bukan ape.. aku ni menoreh asal boleh je... tangan mcm tak bedung sangat... heheh... kadangkala tercedera pokok dibuatnya.

Apepun... aku bukan nak cerita pasal menoreh ni. Aku nak cerita pasal penimbang klasik ni.. teringat bila masa untuk menjual getah. Peraih yang kitorang berurusan biasanya alan gunakan penimbang seperti ini. Memang nostalgia penimbang ni... bukan nak buat urus niaga tapi sekadar digantung buat perhiasan... puh... memang terbaik...

Cantik, klasik dan dengan platina usia menambahkan lagi keunikan dan auranya...

Harganya? RM 180 ke RM200... Agak keras... susah nak cari skarang ni..

Saturday, August 9, 2014

penimbang tangan tembaga klasik

timbang tembaga... pernah nampak peniaga gunakan penimbang spring ni. penimbang yang besar tu berkapasiti 50kg. berat tu...

tapi semenjak sistem timbang dan sukat mula dikuatkuasakan, penggunaan timbang seperti ini mula luput dan digantikan dengan timbang yang lebih tepat demu menjaga krpentingan pengguna dan mengelakkan penipuan secara sengaja atau tidak... maklum sajalah... faktor wear and tear...

jadi.. timbang lama seperti ini seharusnya di“pencen”kan secara terhormat yang mana sebaiknya dijadikan barang perhiasan sahaja...

p/s: tiba tiba teringat timbang seperti ini (mekanisma spring)digunakan oleh kaki pancing... tapi awas... jangan ada yg gatal mulut bertanya nak meminjam... alamat tersangkut kat penyangkut aka cangkuk tu.. hehe..

sebenarnya penimbang ni nak dijual... dah tiba masa dia berpindah ke tuan baru.. RM170 yang besar dan RM150 yg kecil... boleh nego lagi... kita tawar menawar... jgn jadi masam dah lah kan...

Wednesday, August 6, 2014

sneek peek: album hitam 64 mukasurat penuh dengan setem

sebelum ni, masih ingat kepada album hitam 4 buah yang pernah disiarkan dalam blog ni? lebih 4000 setem ada dalam tu.

hari ni, jom kita tengok sebahagian setem-setem yang ada dalam album. yang ni dalam album yang 98 peratusnya adalah setem dari malaysia yang bermula dari sebelum merdeka lagi. siaran ini juga sebagai panduan untuk mereka-mereka yang berminat dan mahu melihat apa yang ada dalam buku tu kan...

posto! posto!













































selamat menjamu mata!