iklan

Friday, February 25, 2011

terbang ke selatan, masa untuk bercuti!

salams semua readers, followers dan sesapa saja...nampak gaya, segment pembongkaran rahsia aku agak kurang berjaya.... pasalnya...aku yang kurang berjaya nak upload gambar-gambar tu... hahahha barang sikit, gempak je lebih!

macam tajuk kat atas tu.... aku diganggu bayangan sebenarnya...bayangan percutian seminggu!...yeehaaa... dan semenjak blog i-am-not-a-collector ni diterbitkan...alhamdulillah.... ramai yang singgah dan hingga saat ni dah sampai 55 orang jadi follower.... syukur sesangat korang sudi jadi follower aku....  terima kasih dan terima kasih... begitu jugak follwer blog ni yang follow "teratak" aku yang satu lagi... edisi kontot.... yang tak kontot pun entry dia.... kalau korang follow dua-dua blog aku nie... DOUBLE terima kasih ye....

harap korang tak bosan singgah kalau ada entry baru......

ke mana arah tujuan bercuti? johor bahru dan kota tinggi dah rindu dengan asma rojak, nasi ayam basir, mee rebus hj wahid, bubur nasi...yum yum yum...segmen jalan-jalan cari makan....mungkin akan di-entry-kan dalam edisi kontot kut.... heheheh anyway...kalau rakan-rakan dan sahabat yang ada kat johor tu... jomlah sesi teh tarik....boleh kenal-kenal lagi rapat....

Tuesday, February 22, 2011

gelas hacks design buah oren

jeng..jeng....JENG!.... adoii ape la...macam la saspen sangat kan... aku rasa gelas ni mesti ramai yang ada...terutama para pengumpul. silap-silap yang tak mengumpul pun dah ada beberapa biji gelas ni...
design buah oren... bestnye kalo dpt minum fresh oren..

bukan apa, pernah ternampak gelas ni kat salah satu blog sahabat pengumpul.... tapi tak ingat yang mana.... tu bila terjumpa, terus je sambar... carik juga design lain....tapi malang, sepesen jua adanya....

pandangan dari sisi atas

yang ini design buah limau.... ke oren ? tengak macam oren... tak kisah lah kan... dan disebabkan ianya di'display' secara pukal camtu, maka akupun tatau la sejarah gelas ni dikeluarkan....

tagline dari generasi ke generasi... dah lama gula-gula hacks ni kan
kiut kan gelas ni.... kalau nak guna mungkin aku sayang kut.... tunggu la dapat rumah yang kekal, nak jugak aku display buat perhiasan.... buat sementara ni.... biarlah dia duduk berehat dalam aman bahagia kat tempatnya.dalam kotak khazanah......

psst.kepada non-collector, korang takde ke barang-barang yang korang rasa "semak dalam pandangan" korang  nak let-go? (giveaway).....

Monday, February 21, 2011

bekas oreo dan resipi oreo milkshakes versi sendiri

jeng jeng jeng....sesi pembocoran rahsia yang dijanjikan... seketul (betul ke tatabahasa aku ni) biskut oreo yang "besar" punya!... sedap wooo biskut hitam ni...

kalau la ada biskut sebesar ni....mesti sedap kalau buat macam iklan dia kan....

"putar, rasa, celup dan MAKAN!".... yum yum yum

tapi yang ni bukan biskut.....dan bukan keluaran khas biskut sebesar ni.... nak tau ape mendanya?....


ni lah mendanya...bekas comel oreo nie....nak buat simpan apa....gunakan ke"kreatif"an korang.... simpan syiling ke, resit shopping ke....even barang kemas pun boleh....

apa yang aku boleh katakan....barang ni lah antara barang yang aku rasakan kreatif dan menarik.... multipurpose.... walaupun takmau guna..boleh sekadar diletakkan dalam kabinet sebagai hiasan pun sesuai jugak.... tak tau lah kalau korang nak framekan atau masukkan dalam bekas kaca buat ala-ala trofi atau cenderamata.... kalau camtu memang tabiklah....korang memang kreatif








ni lah rupa bekas tu bila tertutup.... kan sebijik macam biskut oreo, yum yum yum.... punya la best.... hishhh asyik tertelan air lur je.... ape pun...aku bukan pengiklan biskut jenama tu ye.... tak dibayar sesen pun oleh pengeluar biskut tersebut.... tapi kalau korang terliur macam aku gak.... sila ke kedai berdekatan yang menjual biskut ni.... hik hik hik.....



yang ni bahagian atas dan bawah...sama tapi tak serupa.... cantik la bekas ni.... kalau korang rasa biasa-biasa... takpelah...aku simpan dulu.... hishhh tiba-tiba aku teringat sesuatu....

AKU SUKA MINUM OREO SHAKES! hahahha sedap wooooo







yang gambar last ni bukan dalam koleksi tau... ape ke halnya aku nak simpan oreo shakes buat koleksi kan... simpan dalam perut ada gak pekdahnya.... cuma nak bagi bonus skit..ni RESIPI oreo milkshakes aku.... mesti korang nak taukan... hehehe

RESIPI OREO MILKSHAKES (segelas)

3 biji biskut oreo

3 scoop vanilla ice cream (nak flavour lain pon ok)

100 ml susu segar (guna susu cair pun sedap)

sedikit ais kiub (dalam 4 ketul )

sebuah blender (bukan untuk campuran tapi guna untuk blend....hahaha)

cara buat...

campur semua pastu blend....sampai la jadi smooth.... WALLA!... sedia untuk diminum.....

P/S: ni resipi versi aku tau.... kalau korang nak buat versi korang.... bahan-bahan tu korang letakla berapa banyak korang suka.... ikut selera....

JOM...kita MINUM duluuu.................

Sunday, February 20, 2011

bungkusan misteri... rahsia akan dibuka sepanjang minggu ini

salamzzz....

sabtu lepas...masa aku singgah kat kedai runcit ni, kawan aku terpandang satu sudut terus dia sound aku..."barang-barang yang aku rasa free gift lama la..." tokey tu letak kat dalam kotak, pastu duk tayang kat kaki lima...aku pun belek-beleklah.... alahai...cantik-cantiknya...tapi itu tokey jual la...dia letak harga murah-murah.RM1.50 ke RM2 je...tak kisahlah...janji aku minat kat barang-barang tu dan aku pun apa lagi....

ZASSS..... korek!
 
lepas pilih punya pilih...ermmm ambik barang-barang yang aku rasa aku tak pernah jumpa sebelum ni.... aku pun seluk poket....alamakkkk!!! duit takde banyak.... mungkin tuhan peringat jangan gelojoh sangat kut... ye lah...kalau ada cash, mau aku suruh tokey tu bungkus semua....hahahhahah

bungkusan misteri... harta karun kah, harta pak harun kah? atau harta karut kah....




 iskkk berbungkus rapi lagi.... mesti la kan....nanti tak surprise la.... dalam seminggu ni akan diutarakan satu persatu sebelum blog ni akan bercuti selama seminggu.....apakah isi-isinya?...tunggu....

Saturday, February 19, 2011

free gift scholastic umbrella

uihhh dah berhari tak update.... tah...macam takda cerita baru kan.... ermmm biasalah..... mood nak menaip ada kurang skit dek excited nak gi bercuti...

bila dan kemana....sehari dua akan diberi tahu.... ye lah...mana tau ada yang nak ajak sesi teh tarik... apa yang penting, tiket dah booking, tarikh ngan masa dah confirm... destinasi ke selatan tanahair.... rindu ngan rojak dan bubur nasi....

ekekkeke cam bagus je kan... padahal ada seminggu lagi kene tunggu,,,,

tak kisah la...dah lama tak post sumthing, hari ni aku lekatkan lah sesuatu... payung scholastic.. ermm ingat entry sebelum ni...pasal mug tu...dah kira adik beradik dia lah...satu kompeni. payung ni bila berlipat camni memang lah saiz dia kecil...senang nak simpan dalam beg...hatta simpan dalam beg tangan. sesuai untuk si gadis.....

inilah rupanya masa di awal penemuan...satu bungkusan tu....dalam ada 6 unit semuanya.... hak milik siapa? aku pun kurang pasti....pasal banyak sangat harta peninggalan tanpa pesan kat rumah ni.... tu belum lagi harta wakaf secara tak sengaja....

wahahahha jadinya sementara ni jadi milik aku lah ye....

Monday, February 14, 2011

botologi, liputan akhbar di berita harian

 botologi, satu perjumpaan kaki-kaki botol? eh... bukan la...para pengumpul botol lama dan pengumpul-pengumpul lainnya...tahniah untuk mereka... ni keratan akhbar dari berita minggu, 13hb 2 2011 segmen BM2 keratan akhabar ni sebagai tribute untuk ahli-ahli botologi...

keratan akhbar, klik untuk pembesaran
tribute untuk untuk mereka dengan penganjuran yang berjaya, insyaAllah akan lebih berjaya dalam mengumpul para pengumpul bukan saja pengumpul botol tapi pengumpul-pengumpul lainnya....

hanya satu ucapan untuk mereka.... SYABAS... jumpa dalam aktiviti dilain kali....

ashtray marlboro kembar 2

hari ahad...tak menyempat nak meng'update' pasal hari cuti dan membongkang sedunia....hahaha dunia aku la... bukan apa...terasa letih dan malas lak hari ahad semalam... jadinya takdelah sesi mengorek bilik tak berapa kebal....

ashtray marlboro jelas kelihatan abu rokok yang melekat
pagi ni....pusing punya pusing sesambil blog walking, sesambil menjejaskan kesihatan (isap rokok) aku terpandang kat ashtray yang dah mula sebu dengan puntung-puntung rokok ni....ermmm terpandang satu jenama rokok yang dah lama aku tak hisap, MARLBORO, eceh...alang-alang dah takde bahan.... ashtray yang aku guna ni pun boleh la.... hantam sajalah labu....

ashtray yang besar....jelas kelihatan dan tak luntur lagi

sejarah ashtray yang besar ni, peninggalan dari kengkawan yang pernah duk satu rumah kat USJ dulu,. yang kecik memang ada dalam simpanan....mana datangnya yang kecik tu pun aku tatau...hahahha tetiba je ada... mungkin peninggalan sahabat yang dah berpindah kut.... dua-dua ashtray ni dah jadi teman setia abu dan puntung rokok aku sejak bertahun...sampaikan abu pun dah tahap "kerak tetap" kat ashtray ni.... susah nak dibersihkan.

dah bercapuk, jelas juga kesan sumpik, nampak usang tapi berkualiti

jangan kata bahagian dalam bekas abu tu aje.....kat sebelah luar bekas pun ada bertepek... lihatlah...dah tahap usang dah abu rokok ni.... tapi barang bermutu tinggi, tak nampak sedikitpun kesan kelunturan warna pada bekas ashtray ni....

kepada yang ada maklumat  lanjut pasal ashtray ni, bolehlah tinggalkan dalan ruangan komen...mana tu ada sambutan khas yang memungkinkan ashtray ni dikeluarkan.....

kadang-kadang terdetik dalam hati, ada rupanya benda-benda yang bernilai disekeliling kita ni, mungkin kita tidak mengetahuinya dan menganggapnya satu pandangan yang menyemakkan. tetapi selepas beberapa entri yang aku post, baru aku tersedar, kemungkinan apa yang aku ada mungkin mereka tiada dan apa yang semak mungkin satu pandangan yang begitu indah bagi mereka yang tahu menilainya. bagi kepada mereka yang baru berjinak-jinakatau berniat nak berkecimpung dengan hobi mengumpul koleksi, pandanglah barang-barang yang ada disekeling rumah anda....mungkin ada yang istimewa walaupun secara zahirnya barang tu nampak biasa.... selamat mengumpul.....

Saturday, February 12, 2011

scholastic red apple teacher mug

hari ni, kita cerita pasal menda lain pulak ye, kepada pembeli-pembeli buku, mungkin korang penah dengar publisher scholastic ni... dan semestinya korang kenal buku-buku dia kan....

red apple teacher

anyway, aku bukanlah pembeli buku, tetapi seorang sahabat aku ni dulu keje kat kolej, jadi dialah yg selalu order buku dari supplier buku tu... maka dapatlah barang-barang "freegift" dari supplier berkenaan. bila aku nampak, aku plak berkenan dan aku pun mintaklah kat dia... lagipun dia ada banyak-banyak nak buat ape kan... baik sedekah kat aku nie... hahahha

pandangan perspektif kotak
disebabkan mug ni belum pernah digunakan dan tersimpan rapi (siap kawan tu seal tu....) aku pun dengan gatalnya mintak lah...tu pun lepas tengok cawan yang dia gunakan...dia pun bagilah 3 bijik.... aik, macam banyak je dalam simpanan dia... tak kisahlah berapa pun dia simpan... yang penting aku dah ada..

siap ada kapur tulis tu....

biasalah.....dah dapat, tangan pun gatal nak bukak kotak dia. disebabkan taknak rosakkan seal selotep bahagian atas, aku bukak lah dari bawah. ermhhh berbungkus cantik lagi siap dengan bubble wrapper...
bukak punya bukak..aik....ada 2 batang kapur tulis la.... oldskool sungguh.... tak dinafikan, masih byk skolah gunakan kapur tulis ni... dan banyak juga dah bertukar kepada penggunaan marker pen....


terserlah konsep ke"cikgu"an mug nie..... dengan kapur tulis... mentang-mentanglah buku terbitan dia banyak melibatkan buku rujukan untuk guru pelbagai peringkat dan bidang.... rasanya set ni memang takkan digunakan....lagi-lagi bila siap dengan kapur tulis tu.... kalau ada yang sipan mug mesti kapur tu dah ilang ke mana kan... baru nampak special koleksi kali ni.... heheheh

Friday, February 11, 2011

jam tangan zinger time kfc

masih koleksi dari kfc, gambar ni aku ambik masa memula snap gambar koleksi-koleksi terawal.... cuma baru nak load dan publish.... maknanya dah sedia ada dalam draf... tinggal nak edit dan publish je...

berbungkus cantik lagi
tah camna masih ada jam ni kat dalam kotak tu... masih cantik berbalut...ye lah, bukan aku nak pakai pun.... tu pasal la masih berbalut cantik je... nak display pun aku tatau camna nak bagi dia cantik gitu...


jelas motif lembu kat kotak pembalut tu
dari terbiar bersepah-sepah kan...baik aku simpan kemas, mana tau lagi 5 ke 10 tahun lagi, cenderahati ni dah dilupakan dan aku masih ada lagi dalam simpanan... bukan senang nak dapat sesuatu yang terhad keluarannya... jadi sekrang-kurangnya akan ada rujukan dan kenangan....



ni lah dia jam tu....
cuma satu yang jadi tanda tanya kat sini, apa motif diletakkan motif lembu kat tali jam tu, setahu aku KFC lebih kepada motif ayam... adakah keluaran jam tangan ni sempena sambutan Tahun Baru Cina di tahun lembu? ermmm kepada yang ada maklumat boleh dikongsi bersama ye...

Tuesday, February 8, 2011

cawan cappuchino DORAEMON

tah camne...bila dok selongkar stor, terpandang cawan cumel berhias gambar doraemon.... pelik jugak.... umah bujang aku nie mana ada budak kecik... siap ada cawan doraemon lagi....

masih dalam kotak
masa mula-mula jumpa, masih dalam kotak lagi....cuma keadaan agak berabuk (agak ke, rasa cam dah berkerak) hehehehe.... lap-lap lebih kurang.... aku pun snap.... yang pasti, masih dalam kotak dan tak pernah digunakan lagi.... yang paling tak dapat dipastikan, pemilik asal dan dari mana asal usulnya....


tudia....muka doraemon
kasi keluar sikit.... tu dia, mka doraemon, kalau nak di'profile'kan, pemilik asal cawan ni mesti seorang gadis (cewahhh memandai je aku) kalau tak seorang kanak-kanak pompuan (kan nampak girlish siap ngan design love gitu) hek hek hek hek.....

super doraemon?
meh kita zoom lagi dekat.... haa...kan jelas comel muka doraemon tu..... agak-agak korang la kan, siapa pemilik sebenar cawan ni... hehe...macam misteri ye....

korang tanye aku ke? kenapa....pasal aku jumpa...?

laa....senang je.... kalau aku, aku tak kisah pun sapa punya, dah dalam simpanan aku dekat 2 tahun (stor ni paling jarang aku ceroboh) so...barang ni jadi milik aku buat sementara waktu.... (pssttt dalam hati mintak-mantak tuan punya tak menuntut.....baru boleh jadi hak milik kekal....) hehhhehehe.....

takde anasir noda lagi
tu dia, siap sudu lagi.... cawan ni kecik je sebenarnya, lebar dia lebih kurang 2 1/2 inchi, tinggi lebih kurang 1 1/2 inchi, tu yang aku cakap macam kecik je tu....

keluaran olympia porcelain
pembuat cawan ni, olympia porcelain, tahun dibuat tidak diketahui. cuba carik website dia pun tak jumpa... tapi hasil "peng'google'an" keluaran olympia porcelain banyak diedarkan diluar negara (US dan UK)

apa-apa hal, jangan pecah-pecahkan kepala memikirkan asal usul cawan ni. apatah lagi pecah kan cawan ni...

layan.....

mug istimewa KFC

lepas melilau sekejap ke barang lain, ni kembali ke barang KFC hasil selongkaran bilik tak berapa kebal. hehe...hehe... terjumpa lah mug ni...nak guna...iskkk sayang woo...kondisi tip top tak pernah guna lagi....

macam biasa, design tak lain tak bukan.... penggoreng ayam dia la kan....






Pandangan sebelah dalam, lekuk-lekuk...adehhh tak tau nak terangkan camna lagi... layan gambar je lah ye...

takkan lari dengan wajah pakcik ni
lengkap bertutup...
tak taulah kalau ada lagi design-design lain....taknak banyak...dapat set lengkap pun cukuplah... kalau ada pengumpul-pengumpul lain yang ada design lain.... boleh la kongsi-kongsi gambar....

Monday, February 7, 2011

beg utiliti nescafe

lepas tabung....beg ni aku slalu bawak gi keje.... isi dia....aku letak peralatan untuk minum kopi... camne la boleh terlupa yang nescafe ni ada peminat tersendiri....

beg nescafe yang selalu aku usung gi keje.... multifunction

aku pun tak tau asal usul beg ni.... mungkin hasil peninggalan kawan aku kut.... tak kisahlah mana asal usul dia... yang penting aku tetap nak share.... alang-alang dah ada kat tangan kan.... unik tak unik belakang cerita....

masih cantik dan mantap...baru guna beberapa bulan

comel je beg ni...senang nak bawak peket kopi, gula, sudu dan lain-lain termasuklah alat tulis.... kondisi masih baik dan baru tapi disebabkan penggunaan yang agak lasak maka adala tercarik sikit tang "tangkai" beg tu....

kaler merah....teringat pulak kat koleksi coke kengkawan.....

 kepada peminat barangan nescafe, ini halwa mata untuk korang.... nikmatilah....

tabung pringles

salam...ada lagi update...kali ni malas nak korek dalam bilik lagi... melilau-lilau keliling rumah je...masuk bilik sana...masuk bilik sini...last last terpandang sesuatu.... ermmm menarik jugak kalau post ni...

ni lah tabung tu... iskk macam member aku lak muka karakter tu.....

tengah aku belek-belek member tegur....

"abehla...jadi bahan pameran dalam blog dia tabung syiling aku..."

haha...aku sengih kat dia.... "mana ko tau ni?...."


"eleh.... aku tau dah hajat hati ko tuh...asal ko tak rembat tabung tu dah...." member aku sambung sambil sengih kambing dia....

chait...macam kiut buat muka macam tu....lantok le...teman tak kire..... sepantas kilat aku ambik kamera, terus aku snap....


ni lah dia....siap berpenutup...sah tabung kan

ada isi tu....jangan marah wahai member.....

haha....kan dah melekat dalam blog aku.....
 
tanya gak kut-kut ada syiling lama dia tersimpan....

"ada....tapi bukan rare, yang rare aku dah simpan baik punya" balas dia dengan muka selamba sesambil dok kunyah roti canai....sambil tgk tv....


alahaiii tahun bila punya la promosi ni....


hmmphhh dapat jugak aku post mende lain.... asyik KFC je kan..

Saturday, February 5, 2011

salt and pepper shaker ulang tahun ke 35 kfc

aihhh, kfc lagi, lagi-lagi muka orang tua ngan penggoreng ayam ni... alahaiii macam takda jenama lain kan... tapi ape boleh buat, selongkar punya selongkar...ini yang dapat... masih berbungkus cantik... aku pun tak berapa ingat bila keluarnya salt and pepper shaker ni...

yang nyatanya, menda ni comel.... material dari tembikar...tu yang sayang nak guna tu...tak sangka, penyudahnya dalam blog dia duduk... nak display, umah ni sewa... so...kekal lah dia dalam kotak khazanah....


memang kfc ni tak boleh lepas dari design "fryer" dia.... dah jadi trademark kalau buat apa-apa freegift. yang penting kali ni comel dan sesuai sangat jadi hiasan meja










kembar seiras tapi tak serupa... iskkk tak sangka banyak pulak khazanah kfc... takut muak pulak kawan-kawan dok tengok jenama ayam ni.... lepas ni cuba korek menda lain pulak...

hehe...mesti ramai cakap aku nie asyik makan kfc je... salah tu...aku asik makan kfc bila ada PROMOSI dan FREEGIFT! ekekeke hajat 2 dalam satu wooo

Friday, February 4, 2011

bekas milo sempena sambutan kemerdekaan ke 50

bekas milo ni free gift pasal beli milo pek besar, mesti ramai yang dapat bekas milo ni pasal promo dia pon belum lama... dalam tahun lepas je, tak tau nak cerita panjang pasal bekas ni... layan gambar je lah ye....


macam biasa, logo milo dengan tagline Negaraku, Juaraku
Kombinasi jersi bernombor "1"9"5"7" melambangkan tahun 1957 kemerdekaan malaysia

pandangan dari atas

Thursday, February 3, 2011

speaker USB comel KFC - KFC bucket design

Edisi istimewa dari kfc... permah ada kawan dari brunei offer speaker B$10 untukk 2 bijik tapi atas keadaan mendesak, dia tak jadi ambik pasal perjalanan ke malaysia terpaksa dibatalkan... jadi aku simpan lah 2 biji benda ni dalam kotak koleksi... 2 biji aku dah pakai. kualiti bunyi takla sehebat sistem teater, cuma design dia comel....


gambar yang aku ambik guna speaker yang aku pakai...


siap gambar pakcik kolonel

masih dalam bungkusan.... alang-alang dah nak dijadikan koleksi takyah bukak

Tuesday, February 1, 2011

beg ang-pow

Gong Xi...Gong Xi... selamat tahun baru cina kepada rakan yang menyambutnya.... terjumpa pulak pouch kecik ni... tak ingat dapat dari mana... pasal dah takda maklumat lebih lanjut kat pembungkus beg kecik ni.... tak kisahlah....janji masa perayaan ni ada beg nak buat simpan ang pau, tu pun kalau dapat... asal jangan buat simpan kuih pau dah la....



apa yang boleh aku katakan, dah agak lama jugak dalam simpanan khazanah bilik tak berapa kebal tu.... dah macam dilupakan...ahaksss....

secara mudahnya, ianya ringkas dan menarik. tak tahulah kalau ada yang berani "frame" dan gantung kat dinding....tu semua bergantung kepada kreativiti masing-masing kan....