iklan

Saturday, January 24, 2015

sneak peek album hitam yang ke dua, setem2 dari luar negara

Alhamdulillah, album koleksi yang pertama selamat dijual. syukur alhamdulillah, dapat bantu 2 orang, tuan punya kedai anti aka mr boss.

kali ini album ke 2, koleksi2 setem dari norway, belgium dan beberapa negara lagi, macam biasa, harga jualan lamsam termasuk album setebal 64 mukasurat. tak mahal, tak murah walaupun ramai yg kata harga amat keras...

jom, tengok sneak peek album setem dulu... pasti gigil jari jemari nak memiliki album yang ini., disusun mengikut negara. setam dari eira, norge, luxemburg, south africa. republic chezk, espana dan beberapa negera lagi.

bebel banyak tak guna, sila tengok dan nilaikan sendiri.harga jualan satu album 64 mukasurat penuh setem (anggaran 3000 ke 5000 setem) RM1500



















untuk peminat setem yang berminat dengan koleksi ni, boleh tinggalkan apa2 medium perhubungan untuk sy hubungi di ruangan komen atau juia betul2 berminat, boleh hubungi sy di FB: laman koleksi dan antik, email: misbah.thahir@gmail.com, telefon: 016 7433471

Friday, January 16, 2015

selongkaran lagi, plush toy yang comel!

masih lagi berkisar barang antik dan koleksi, entah bagaimana saya boleh terjebak dengan barangan koleksi ni.

cerita semalam sebelum pegi sembahyang jumaat. dalam mampatnya kedai antik yang supply barangan untuk sy, masih lagi ada khazanah tersembunyi di dalamnya. jom layan gambar-gambar di bawah ni. disertakan juga harganya. boleh sertai page facebook ni laman koleksi dan antik atau klik sahaja di pautan https://www.facebook.com/pages/Laman-Koleksi-dan-Antik/781250478580762


smurf dan papa smurf, gargamael cukup suka nak cari. tp korang kalau cari mesti korang nak simpan kan... jgn masak buat ramuan magik pulak, magik lain nanti jadi. tak caya cuba rebus, kalau korang yg beli mesti korang terkena magik sayu, kalau korang dah bg kat anak2, anak2 akan sayu langsung diprotes...kan lain magiknya...

harga, RM20 satu, nak beli 2 RM30 siap pos



bekas tembaga, spitoon kalau tak silap (bekas meludah), material tembaga, tinggi dalam 25cm. hanya ada 4 unit, kondisi seperti dalam gambar...|
RM290 siap penghantaran, hanya order dan tunggu barang sampai depan rumah...



plush toy kfc, limited edition, kondisi cemerlang, RM30 siap penghantaran


bekas kayu dihiasi hiasan logam... punat di atas bekas tu sebenarnya penutup bekas. RM290 siap penghantaran.

Tuesday, January 13, 2015

duit BR1M beli barang antik? BR1M dah mula masuk, jangan sia-siakan duit tu

duit BR1M dah masuk, jangan sia2kan dengan membeli barangan yang sia2, barangan yang susut nilainya. berbelanjalah dengan berhemah, nak buat tambah simpanan laaagi bagus.....

*ppsstt...tapi kalau nak belanja buat beli barangan koleksi dan antik juga bagus, satu jenis pelaburan gak tu.... betul tak? rajin2kan jari anda klik laman facebook saya LAMAN KOLEKSI DAN ANTIK untuk mencari barang antik dan koleksi yang diminati atau sekadar menjamu mata.







hehe sempat promosi

hehehe


Monday, January 12, 2015

keris panjang, keris hukum keris untuk membunuh pesalah hukuman mati

keris panjang, juga dikenali sebagai keris hukum. kegunaannya untuk menghukum mati pesalah dengan kaedah sula, menikam/menusuk keris ini dari bahu ke jantung pesalah.
mungkin kita masih ingat kisah mahsuri, begitulah hukuman dan inilah kerisnya. 
jika dulu mendengarnya saja membuatkan kita terkedu, yang dihukum keras kejung menahan sakit sebelum terkulai, kini mendengar harganya pula membuatkan kita terkedu, mahu memilikinya pula keras kejung tangan mahu membayarnya. setelah MEMILIKINYA, dan MEMEGANGNYA, seakan datang semangat baru dalam diri. admin pernah merasainya sendiri....

p/s: rasanya keris ni belum pernah "makan darah" jadi tak perlu bimbang ya....

harga RM1200 termasuk pos


Friday, January 9, 2015

tin sign: iklan rokok winston kondisi hot mama untuk dilepaskan

iklan rokok winston, harga RM280 (nego) percuma penghantaran melalui pos laju... jika berminat, boleh PM fb admin/call/sms ke 016 7433471

selamat berhari minggu, hasil penemuan terbaru, tin sign single sided iklan rokok winston. rokok kegemaran admin satu masa dulu. bermula sejak 1998, dan ketika itu rokok winston 20 batang baru berharga RM2.20. memang best. sekarang admin sekadar mampu hisap tembakau berperisa yang digulung sendiri je....

kondisi cemerlang,cantik, menarik dan da-bomb! kondisi hot mama gitu

amaran admin Laman Koleksi dan Antik, merokok membahayakan kesihatan diri, orang lain dan poket... tp biasalah, yang diberi amaran dan ditegah tu lah yang dilanggar... hihi.




Thursday, January 8, 2015

metal sign air tebu asli untuk dijual

post santai, agak2 ada tak yang berminat dengan metal sign ni, double sided lagi... terutama untuk mereka yang menjalankan perniagaan air tebu khususnya dan perniagaan minuman amnya...

RM60 siap pos... hehehehe, nak gantung di kaunter boleh, nak buat hiasan dinding pun boleh... "confirm rare" sbb tak "mass produce"

jika korang ada perniagaan warung, cafe aau restoren, amat amatlah sesuai utk dijadikan hiasan...


evolusi seragam posmen (gambar)

admin sedang mencari uniform posmen zaman dulu2, (uniform 
dari helmet/topi warna coklat dan biru) jika mengenali sesiapa yang memiliki/menyimpan uniform tersebut boleh pm admin dengan segera. admin berminat utk membelinya, contoh uniform seperti dalam gambar.


topi posmen sebelum posmen guna motorsikal untuk hantar pos

posto2... eh, bang, ada surat! topi posmen lagi, kali ni posmen zaman 80an/90an kut sebelum seragam bertukar kepada seragam biru merah putih.... 

stok ada beberapa unit lagi saiz topi seperti berikut:

saiz 7 - 1 unit
saiz 6 1/2 - 2 unit
saiz 6 3/4 - 2 unit

harga mcm biasa, RM60 cincai2...

psstt, 2 3 kali tgk mcm topi kelasi kapal pun ada....



sudu tembaga klasik

sedia berbaris untuk dimiliki, pasangan sudu garfu tembaga, can tik, menarik dan da bomb! RM30 siap pos untuk sepasang. barang kecik kita ambik margin untung kecik dah la kan... cepat2...

untuk update lebih pantas, sila sertai fb page : laman koleksi dan antik


Wednesday, January 7, 2015

gobek buta

gobek buta, lain dari yang lain ni, memang berbeza dari gobek biasa dan amat-amat jarang ditemui. admin pun baru jumpa dalam masa selongkar koleksi tembaga di kedai boss admin ni. sebelum ni kalau jumpa gobek pun yang jenis kat tepak sirih... yang bentuk seakan bedil buluh tu... tp yang ni...tengoklah pada gambar dan nilaikan sendiri... full tembaga dan harga pun sekeras tembaga jugak...

harga RM280, barang rare, harga keras... keras poket admin dibuatnya...




hiasan logam (cast) di baju pengantin (kaum cina) bermotifkan naga

gambar hiasan logam (cast) bermotifkan naga berwarna emas dalam frame secara misteri... hiasan naga untuk dijual, sesuai untuk hiasan dinding dan meja, (ada penyangkut dan stand ) .hiasan yang asalnya diletakkan di baju pengantin tradisional... tp memang menarik perhatian...

ukuran frame. 35cmx28cm

harga:RM100 siap pos


meriam melayu tembaga aka lela rentaka

my biggest dan rarest item, meriam melayu tembaga aka lela rentaka bersama peluru muscat... bahan sejarah zaman penjajahan portugis ni... 

boleh baca artikel di http://www.utusan.com.my/rencana/melayu-sudah-lama-ada-senjata-api-1.33603 ...

dah tiba masanya meriam ni mencari pemiliknya yang baharu, dah lama terkurung dalam kedai dan adalah afdal jika aa yang mahu "menjaganya" tapi, ada yang berminat ke?

meriam gangsa, harga RM3900, memilikinya dan menjaganya, satu kepuasan yang tak ternilai.


untuk update lebih pantas, sertai (like) fb page : Laman koleksi dan antik




radio design juke box

Radio unik berbentuk jukebox, warna menawan, berfungsi cemerlang. siap pemain kaset yg juga berfungsi.

keluaran dalam tahun 1970an

jika berminat, harga RM420 termasuk kos pos, tp kalau nak ambil sendiri, RM390. 

area kota tinggi...

untuk update lebih pantas, sertai (like) FB: laman koleksi dan antik





tin sign susu cap bendera

harga RM290 termasuk kos pos

"camtulah menantu mak, susu cap bendera kan", ya, admin masih ingat iklan ni... terimbau kenangan lama zaman kecik2 dulu, sekarang admin bedal je susu ape pun... asalkan sedap dan murah, hehehe.....boleh tonton iklan di pautan ni...

https://www.youtube.com/watch?v=fe5K3Vt-Lic

tin sign besar, anggaran 50cmx70cm, double sided. kondisi cemerlang walaupun sebelah ada kesan luntur akibat cahaya matahari. masih cantik sebagai "subject matter".. almaklumla, jenama susu ni dah semakin tenggelam ditelan dek zaman dan jenama susu yang lebih "affordable"...

adoi, rosak admin, post guna bahasa rojak, maafkan admin ya...




Tuesday, January 6, 2015

renjis renjis dipilis, perenjis air mawar

untuk update yahg lebih pantas, sila like fb page: Laman koleksi dan antik


renjis2 dipilis, disirami air mawar, hai beras pulut ditabur..... cewah, terasa mcm nak naik pelamin sekali lagi... tapi awas, nnt isteri admin hempuk dengan dulang pahar pulak...hehehe 
apepun gurau je petang-petang ni, admin tak pernah kena renjis, sbb dulu masa admin kahwin tak duduk pelamin... tak sempat berenjis bertabur bagai... untuk meninat set tepung tawar yang masih belum lengkap, admin tawarkan perenjis ni... ada dua saiz, 25cm dan 18cm. PM admin seberapa segera, tinggal 1 unit sahaja.






harga:
25cm - RM90*
18cm - RM80*

beli lamsam 2 unit: RM160* (admin diskaun RM10 aka free pos)

*harga termasuk kos pos