iklan

Saturday, December 24, 2011

metal detecting, any club of this in malaysia?

just wondering, is this allowed in malaysia? or maybe there is any club that open to everybody to join in? gonna be nice to dig in and find out something historical...


Wednesday, December 21, 2011

duit kertas baru BNM

reka bentutuk baru duit kertas dilancar hari ini, denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100



kenyataan akhbar dari bank negara:

Launch of Malaysia's New Currency Series
Bank Negara Malaysia is pleased to announce the introduction of Malaysia's new currency series. Launched by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak today, the new currency series comprises newly designed banknotes and coins. The banknotes issued are in the denominations of RM1, RM5, RM10, RM20 and RM100 and will be available for circulation in the second half of 2012. The RM50 denomination banknote for the new currency series is already in circulation. For this new series, polymer substrate is used to make the RM1 and RM5 banknotes.
The coins for this series, with denominations of 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen, were launched earlier on 25 July 2011 and will be introduced into circulation in January 2012.[more]


Wang RM20 diperkenalkan semula....

dan kepada kolektor yang berminat, duit-duit ini boleh dibeli mulai esok

senarai harga:


  • A collection of two banknotes (RM1 and RM5 denomination) - 500,000 sets priced at RM15.00 each.
  • A collection of a single banknote (RM20 denomination) - 500,000 sets priced at RM30.00 each.
  • A collection of six banknotes (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 and RM100 denominations) - 50,000 sets priced at RM300.00 each. For each set of this collection, all the banknote denominations will carry the same serial number. (sumber BNM)


berita dari astro awani:



Friday, December 2, 2011

tin coca cola baru yang mengelirukan

sebelum teruskan bicara, ada ke tin coca cola ni kat malaysia? kalau ada, cepat-cepat beli barang sedozen dua, sebab kemungkinan akan ditarik balik...

dan aku rasa, tin yang ada ni cuma ada kat US je kut....

baca selanjutnya kat sini - http://finance.yahoo.com/news/a-frosty-reception-for-coca-cola-s-white-christmas-cans.html

comel kan design ni


tin design baru ni banyak membuatkan konsumer di US beria-ia ianya ditarik balik kerana mereka terkeliru dengan design coke light, ada yang siap terbeli coke light lagi... aduh... pandai baca ke tak diorang ni?

Sunday, November 20, 2011

the real manufacturing error

lama tak bersiaran, almaklumla, sibuk nak mendirikan masjid.

sebelum-sebelum ni, asyik cerita pasal error coin, hari ni aku nak cerita yang lain dari yang lain, kisah error jugak, tapi bukan coin.... yang nyata, memang the real error ni...

sila lihat gambar....

"nampak macam biasa, mana ada unik" kata seorang kawan


"eh, ada kelainan yang aku baru perasan" muka dah naik kerut

"la hai...baju dia terbalik la...."




terus aku pesan kat dia.... "jangan cuba rembat buat ngangkung".... berderai gelak dia.....

haa....kan aku dah cakap.... betul2 punya error ni, kalau coin kita mungkin terlepas pandang, satu lagi saiz dia kecik.... itu pun jadi buruan...sekarang, apekata anda pasal balang jack n jill ni.... terbalik tapi masih boleh terlepas ke pasaran..... jadi, aku simpanlah balang unik ni.... aku tau tak ramai yang jumpa balang "pelik" ni kan....

tapi, dah kosong lah....isi dia, aku ngan mem dah bedal.... hahahah

Monday, October 24, 2011

kedai antik arked mara kota tinggi bhg akhi

kedai antik arked mara kota tinggi bhg akhir,dah abih dah ambar-ambar yang aku ambik kat  kedai tu....

koleksi car toy lagi....
botol susu kaca zaman aku belum lahir
lagi botol susu kaca, y ni bentuk cam pisang....
ohhh....basikal tua....

habis dah.... dah berbulan draf ni tersimpan... dapat juak aku publishkan dengan jayanya.....

Sunday, October 23, 2011

kedai antik arked mara kota tinggi bhg 3

 kedai antik arked mara kota tinggi bhg 3

lagi gambar-gambar yang sempat di snap.... bukan taknak masukkan dalam satu entry, kang pening + bosan pulak korang tgk gambar berlambak-lambak... ape2 hal, enjoiii cuci mata...
koleksi senjata untuk hiasan, ada golok, pedan dan sumpit

 
lagi barang klasik yang boleh dibuat perhiasan
pirnggan mangkuk lama oriental style

duit-duit lama, kat sini juak aku jumpa tin coin pitih ayam jantan

peti-peti lama, sesuai untuk dibuat perhiasan

model speda (basikal) klasik

radio, mug dan flask kfc, aku geram kat radio tu

car toy....

botol-botol mini,

volkswagon toy, jam  coca-cola,

audio rack classic, boleh mainkan piring hitam
koleksi hiasan dinding khat dari kulit
cukup dulu..nanti sambung balik.......

Friday, October 21, 2011

kedai antik arked mara kota tinggi bhg 2

lama aku tak tunjuk koleksi kedai arked mara ni....sampai terlupa nak publish... teruk kan aku... cuma bila nak menghantar rombongan cik kiah ni, baru teringat balik pasal entri yang dah berhabuk ni....


koleksi gelas yang comel2

macam-macam barang lagi ada

koleksi seni khat, helmet askar pun ada

blogger zaman dulu-dulu guna mesin ni lah... masih berfungsi ni

botol-botol lama.... kaki botol... ops... botologi mesti minat dengan botol yg kanan sekali tu

lagi botol klasik, botol ape, aku pun kurang pasti.... bercampur-campur

kasi zoom skit botol coke emboss ni... famili saiz

botol mabukpun ada? iskkk janji botol

masih ada lagi botol, botol minyak wangi pun ada
koleksi gelas, comel2

layan.... nanti aku updet lagi satu bahagian, mana tau dalam celah gambar tu korang minat nak simpan/beli.... buleh carik kat medan mara kota tinggi....

Saturday, October 15, 2011

koleksi duit 50sen hujung 1960an

hanya sekadar berkonsi dengan rakan-rakan blog, duit syiling 50sen yang dikeluarkan di sekitar tahun 1967 hingga 1969,

sekurang-kurangnya ada jugak specimen duit yang memang susah nak jumpa sekarang ni


inilah dia syiling 50sen, kalau keluaran 1967, dah naik kusam tapi masih cantik, jelas sekali tempaan yg dibuat


dah jumpa geng, berposing pulak dengan geng-geng 1968 pulak


lihatlah...pinggang ku ramping kan.... ahaks... memang lah ramping, tu sbb nilainya pun ramping la jugak... kalau lah pinggangnya tak ramping, maka nilainya juga gemuk dan gebu

dulu ramai yang bagi dakyah yang duit syiling yang ada jalur keselamatan ni (terbelah) adalah mahal...rupa-rupanya terbalik da... yang takde jalur rupanya yg mahal....

Friday, October 14, 2011

adakah ini blank coin untuk syiling RM1?

syiling RM 1, masa mula-mula keluar, ramai yang berebutkan syiling ni.... tapi semakin lama, syiling ni semakin biasa dipandangan....  berkuranganlah "keghairahan" terhada coin tu...

masih lagi kerja-kerja menyelongkar duit syiling yang tersimpan... saja mengemas tabung yang mula menadah habuk tu......

tiba tiba terjumpa dengan syiling ni... asalnya hanyalah dipandang sepi... hinggalah satu hari,terfikir,mungkinkah ini blank untuk coin RM1? mungkin juga ianya blank untuk RM1 yang palsu... cuba tenung dan renung gambar di bawah ni....
dah agak kusam, asal penemuannya, tak daat dipastikan tapi bukanlah sesuatu yang disimpan lama dulu, rasa dalam 3 atau 4 tahun lepas....

apepun,ianya tetap disimpan....

Thursday, October 13, 2011

is this another error coin? 20sen tahun 1981

semalam, aku ada share duit 50sen tahun 2004 error, dan disahkan yang duit tu memang error, secara tak lansung, meman duit tu akan masuk dalam koleksi yang ada....

hari ni aku kongsikan satu lagi syiling yang disyaki error coin... 

tatkala menyelongkar koleksi-koleksi duit lama yang tersimpan, belek-belek, maka terjumpalah duit 20sen ni, terdetik dalam hati, error coin ke, jom kita tengok apa yang ada...
pada muka syiling ni kelihatan ada lubang kecik yang ketara, tapi, lubang tu macam dari tindakan manusia... tu ada pandangan aku lah... mungkin sahabat-sahabat lain ada pendapat lain ke....


cuba perhatikan rim sebelah atas tu...ada kelihatan sedikit kecacatan yang terbentuk pada sisi rim syiling tersebut, 


untuk pandangan yang lebih jelas, itulah kecacatan yang dimaksudkan, tampak jelas ianya bukanlah campur tangan manusia, maka pendapat yang lebih pakar diperlukan sekarang...

secara tak langsung, dengan pekongsian ni, semakin bertambahlah pengetahuan mengenai ciri-ciri syiling dan duit yang istimewa....


Wednesday, October 12, 2011

my 1st error coin, syiling 50sen tahun 2004

50 sen 2004 error coin? berjalur di sekeliling rim tepi syiling, perlukan kepastian dari rakan blogger dan pakar, baru pertama kali terjumpa syiling berkondisi seperti ini

takde ape-ape kecacatan kan....

yang ni pun nampak biasa kan....

alamak, ape jalur kat tepi tu, 2 lapis ke syiling 50sen ni...

setelah disiasat, kemungkinan kecacatan ini berlaku apabila ada 'bendasing' terlekat di 'blank' syiling tersebut atau terlekat di mesin semasa 'rimming'.

kepada yang pakar mungkin boleh bagi pendapat...

Thursday, September 29, 2011

takde bath tub, ini jawapannya

baru lepas menonton siri american pickers season 3 series 16, ada diorang "highlight"kan  satu benda yang cukup klasik, dan pada aku cukup reliable terutama kepada mereka yang suka berendam dalam bath tub tapi ruang dalam rumah tak mencukupi. korang layan dulu gambar ni... jumpa dalam google

sekali tengok macam almari

dua kali tengok, jom mandi!





cantik kan... isk isk isk... terutama mereka-mereka yang suka hias rumah dengan konsep "english style"... di kilangkan sekitar tahun 1880an

macam yang tertulis dalamiklan asal dia

"If you have no bathroom, buy a Mosely Folding Bath Tub", "Don't look around for another house, and "acts well and looks well". An advertisement also notes that the tub is "portable, with self-heating arrangements to heat water at a moments notice. A great convenience and when closed an ornament to any room...". Send two cents, for illustrated catalogue, showing 18 styles of tubs..."

iskk kan best kalau ada design moden untuk bath tub ni.... hujung minggu, bukak je bath tub ni kat dalam bilik...sambung paip getah... Walla!...dah boleh berendam macam kuih badak berendam...

Monday, September 12, 2011

duit 1 dollar brunei prefix A/7 237774 tahun 1972

duit lama ni agak lama tersimpan dan terbiar, sejarah mula dijumpai,kurang pasti.... rasa dijumpai dalam wallet lama yang dah lunyai keadaan fizikalnya....

nasib baik duit ni masih jelas walaupun fizikalnya agak teruk.... dan kalau nak jual pun rasanya harga mesti dah drop gila.... takpelah, sekadar simpan buat specimen....

muka hadapan
 tengok sajalah keadaan duit ni....dah lusuh dan berlipat-lipat,siap berlubang-lubang lagi. tu yang agak segan kalau nak jual kat orang, andaikata fizikal dia cantik, dan secantik nombor siri dia... ermmm agak-agak berapa harganya ye....

pandangan belakang, jelas lubang kat duit tu kan

muka belakang duit 1 dollar ni, pun dah lusuh, tak tau nak letak gred ape dah.... tapi kongsi jugak buat tatapan sahabat dan peminat duit lama, mana tau duit ni adalah "the lost treasure"





close up, tahun 1972, prefix A/7 237774
hmmm....pada pandangan aku yang tak seberapa jelas ni, pemilik asal duit ni mesti simpan pasal ada 3 nombor 7 berturutan (777) yang bermaksud tuah. selain dari apitan nombor 2-3 dan nombor 4 diakhirannya... dan cara lipatan duit ni, kemungkinan besar pemilik asal menjadikan duit ni sebagai "pembawa tuah"...

betuk ke tak... ENTAHLA....


ada jumpa dalam ebay, very fine, RM35.... tapi kalau korang tgk keadaan duit ni, kalau nak jual pun rasa segan kan....

Sunday, September 11, 2011

majalah ujang tahun 1996

majalah ujang tahun 1996, 15 oktober bil 53, baru di pasaran selama 2 tahun plus-plus

secara peribadi, aku suka keluaran majalah ujang pada peringkat awal pengeluarannya, lawaknya matang dengan coretan kartunis-kartunis berpengalaman (kebanyakannya dari majalah-majalah yang dihentikan pengeluarannya

Tuesday, September 6, 2011

buku cerita? orang-orang bersayap, tulisan jawi

satu lagi buku misteri... ada sesapa tahu pasal buku ni?


kongsi sedikit maklumat yang ada.... ada sesapa guna buku ni kat sekolah? atau ianya sekadar buku cerita....

tulisan jawi... tergeliat gak lidah nak baca pasal tulisan jawi versi penulis belum sekolah lagi...