iklan

Wednesday, January 11, 2012

the history of pepsi logo

selalu kita disogokkan dengan coca cola, logo coca cola, produk coca cola dan juga pengikut dan pemminat coca cola semakin ramai. tak dinafikan, produk berkualiti dan cenderamata menarik banyak menjadi faktor penarik untuk sesuatu produk dan coca cola memang cukup cekap dalam merangka promosi.

bagaimana pula dengan pepsi? satu pesaing yang cukup komited menyaingi kehadiran coca cola. dengan promosi yang tidak kurang hebatnya, dapat juga memberi peluang untuk pengguna membuat pilihan dan penilaian. sekurang-kurangnya selain memberi saingan, dapat juga memecah monopoli kan...



apapun, kat sini nak dikongsikan mengenai evolusi logo pepsi dari zaman dulu hinggi kini... sekurang-kurangnya dapatlah kita kenal sejarah sesuatu produk dan taklah mengenali sesuatu produk hanya melalui promosi...

Friday, January 6, 2012

token rapidkl untuk pengguna lrt

masih takde dalam simpanan...iyelah, token tu akan "dipulangkan" setelah digunakan.... ni pun gambar yang diambil oleh puan isteri...

ermh... kan seronok jika rapidkl boleh mengeluarkan token-token dan juga kad rabbit dengan corak edisi terhad untuk dijual kepada kolektor-kolektor, tentu menarik kan....



token warna biru ni untuk tambang biasa, dan ada lagi satu versi iaitu warna merah untuk pengguna warga emas.

satu lagi, token  khas tahun baru, cuba carik gambar tapi masih tak jumpa di ruang cyber ni... mungkin ada sahabat-sahabat pembaca atau kolektor diluar sana yang memiliki gambar token tersebut? kalau ada bolehla kongsikan bersama....