iklan

Wednesday, September 10, 2014

BNM lelong wang kertas nombor siri istimewa

lelongan nombor istimewa wang kertas... cantik2 nombornya... fuh... harga dah tentu up gila gila...

dan kenapa aku rasa aku belum layak untuk jadi pengumpul wang... kosnya agak tinggi...

dan aku juga masih belajar dan merangkak dalam arena pengumpulan duit ‘’rare and collectible‘’ ni...

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan jualan lelong wang kertas Malaysia bernombor siri istimewa buat julung kali pada 27 September ini kepada orang ramai di Auditorium Sasana Kijang, BNM.

BNM dalam kenyataannya hari ini berkata, jualan lelong itu akan dikendalikan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh bank pusat itu.

Jualan lelong itu bertujuan memberi peluang sama rata kepada orang ramai untuk memperoleh wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan, contohnya CC8888888 atau AY1234567.

Wang kertas bernombor siri istimewa mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas.

Jualan lelong itu juga adalah antara inisiatif BNM untuk menyuburkan minat dan pemahaman yang lebih baik mengenai bidang numismatik dalam kalangan orang ramai.

Hasil daripada jualan lelong itu akan digunakan untuk menyokong program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BNM termasuk menyediakan peralatan secara percuma bagi membantu golongan kurang upaya penglihatan dan peruncit kecil mengenal pasti dan mengesahkan ketulenan wang kertas.

Hasil jualan juga akan digunakan untuk program jangkauan bagi mendidik orang ramai teknik pengesahan wang kertas dan duit syiling selain cara yang betul mengendalikan wang kertas polimer.

Saturday, September 6, 2014

new 1st day cover to be launch september 8, 2014

sneak peek...

disebabkan ‘’gangguan teknikal‘’, pelancarannya tergendala...

mungkin nasib aku baik, terserempak dengan program road tour philately southern 2014. sambil berbual dengan penjaga booth jualan... maka dihulurnya satu fdc(1st day cover) dan dia memberitahu yang fdc ni belum sempat dilancarkan lagi... tak silap akan dilancarkan hari isnin 8 september ni... apa lagi.. cepat siapkan apa yang patut..



f
fdc sempena hari kemerdekaan ini sepatutnya sudah dilancarkan, rasa sedikit bertuah bila dapat pegang fdc yanf masih belum dijual di mana mana pejabat pos ... 

Wednesday, September 3, 2014

ukulele monterey, aku yang dulu bukanlah yang sekarang

aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu-dulu aku ditendang sekarang aku di sayang....

cewahh... berangan jadi penyanyi dari seberang, tegar, tak dapat main dapat jual pun jadilah...

ukulele monterey dengan nombor model U175bk dibuat di China dan direkabentuk di Australia masih berkeadaan amat baik, tanpa kotak...

aku pun bukan pandai main benda ni...

huhu.... malu....

harga:RM75 tak termasuk pos...

kepada mereka yang berminat... bolehlah tinggalkan apa2 medium yang boleh dihubungi di ruangan komen  di bawah...

Tuesday, September 2, 2014

cara elakkan automatic update apps facebook

kita selalu bermain permainan di facebook... tapi tahukah anda ada permainan yang menggunakan aplikasi automatic update yang akan buat posting secara automatik ke wall facebook anda dan ianya adakala merimaskan.

apatah lagi jika bukan kita yang bermain permainan tersebut... sudah tentu mengundang pelbagai spekulasi.

ini tips dari seorang kawan sekolah. mungkin dapat memberi manfaat untuk kawan semua...

nak elak automatic sharing kat timeline, do this: in desktop facebook (gune laptop or PC ye, bukan facebook app kat phone), pegi settings (click arrow kebawah kat atas belah kanan, and then ade settings) kat column belah kiri ade tulis apps. click apps, nanti die akan display all apps yang gune facebook, termasuklah seme games. for each game yang nak disable automatic sharing to timeline, hover the cursor over each app, then akan ade icon pencil & X. click the pencil icon and under "App visibility and post audience", select "only me". buat untuk seme apps yang kite taknak share kat timeline. you can choose to delete the app from facebook tapi nanti takut game tak jalan plak.

bolehlah dicuba, semoga wall anda tidak memberi stress kepada anda dan teman-teman facebook anda