iklan

Wednesday, August 31, 2011

buku hikayat 1001 malam, terbitan 1966

buku lama.... mungkin buku cerita, mungkin buku teks mata pelajaran sastera... ada sesapa bagi info? lebih dari usia aku ni... dah 40 tahun umur dia



ada sesapa boleh share info atau sesapa pernah guna buku ni dalam pembelajaran....

Tuesday, August 30, 2011

bekas celak old-skool

bekas celak old-skool

bekas ni dah ada sejak zaman mak pak aku muda-muda dulu...

kira bekas mekap popular lah masa tu...


kalau nak diikutkan, ni lah barang paling unik yang aku jumpa... tak taulah ada lagi kat pasaran ke tak... hasil pemerhatian memang dah susah nak jumpa dah... bekas celak tembaga ni memang terlalu jarang kelihatan

ikut cerita, bekas ni ada set dia... tapi aku tak jumpa adik beradik yang lain...hilang mana tah... sesapa ada maklumah boleh bagitau ye...

share-share maklumat lah kita...

seterika arang, jangan offer nak pinjam kalau untuk tujuan "ngankung"

seterika lama khazanah dari almari...masih hak milik mak pak aku.... belum untuk dijual.... cerita tak tau pasal malas nak tanya...

ni lah dia seterika tu..... berapa usia dia... tak periksa, lebih setengah abad.... tu yang pasti....

AMARAN: jangan tanya nak pinjam kalau nak buat ngangkung.... sepak tungking tu karang....

Saturday, August 20, 2011

lagi satu majalah yang aku rindu

ni jugak salah satu majalah kartun kegemaran aku... dan aku masih lagi teringat betapa majalah nie boleh membuatkan aku tergelak sendirian...


dan juga majalah yang dah pupus ditelan zaman

p/s: aku suka majalah ni pasal lawak dia tak macam sekarang... lawak bijak... bukan lawak yang ntahapeapetah....

rindunya dengan majalah ni

salam...lama takde idea nak tulis pasal koleksi dan barang-barang lama...

tiba-tiba,pagi ni aku terjumpa satu blog kartunis...dan nama penanya cukup aku ingat...dan majalah yang mengingatkan nama pena dia adalah gelagat.

majalh humor yang pernah aku beli dipesta-pesta buku terutamanya buku dan majalah yang boleh dikatakan "terpakai" dengan harga RM0.50 je...lagipun time tu aku skola lagi...

nostalgia betul majalah ni...


selongkar punya selongkar, jumpalah contoh gambar...tapi gambar dari mudah.my....dan harganya.... FULAMAK!!!! RM35 tu..... perghhhh.... ni rasa rugi pulak tak simpan majalah tu baik-baik dulu.... dan banyak majalah lama yang dah pupus sekarang nie (tidak diterbitkan lagi) dah hilang dari simpanan.... sayangnya....