iklan

Tuesday, March 15, 2011

barang lama mengusik jiwa, tempayan oh tempayan

 lagi paparan menarik.... tempayan lama...eh...pasu besar? ermhhh mana-mana la... aku jumpa masa aku dok ronda sekitar rumah kawan aku ni.... tu yang jumpa tempatan-tempayan ni.... tuan rumah dah buat untuk letak pokok akautik.... rasanya tempayan ni pun dah hampir seusia dengan aku kut.... mungkin lebih.....

buat isi air.... tp dah ada tumbuhan akuatik


untuk entry kali ni...aku pun tatau nak cerita apa....korang layankan aje lah ye..... dari apa yang aku dapat dari empunya tempayan ni.... dia dah ada tempayan ni lama dah....cerita pasal tempayan ni pun dia dah lupa....mungkin tinggalan ahli keluarga.... barang warisan kut....hehhehe

satu lagi yang kosong.... samar-samar nampak design kat tepi tempayan tu

design kat tempayan.... masih jelas kan...

sesuai dengan usia.... semakin tenggelam dengan tanah dan lumut


lama dah tak tengok tempayan....yang ada kat umah aku dulu pun tatau dah pergi mana.....teringat cerita zaman kecik-kecik dulu....aku ni lambat berjalan.... asyik merangkak je....tempayan tu diorang buat bela sekor belut....dan dengan belut tu lah aku disebat.... bukan kes dera...tetapi sebat manja dengan tujuan berubat... kesian belut tu.....tak lama lepas tu, belut tu dah lari menyelamatkan diri.... takut penderaan mental berterusan kut....hahahha

mesti belut tu kata aku ni bawak suwey kot .... hahaha

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya ini merupakan tempayan untuk telur masin yang lama dari China.
Hanya tekaan kami sahaja, haha.
Tahniah nitestalker :)