iklan

Thursday, October 13, 2011

is this another error coin? 20sen tahun 1981

semalam, aku ada share duit 50sen tahun 2004 error, dan disahkan yang duit tu memang error, secara tak lansung, meman duit tu akan masuk dalam koleksi yang ada....

hari ni aku kongsikan satu lagi syiling yang disyaki error coin... 

tatkala menyelongkar koleksi-koleksi duit lama yang tersimpan, belek-belek, maka terjumpalah duit 20sen ni, terdetik dalam hati, error coin ke, jom kita tengok apa yang ada...
pada muka syiling ni kelihatan ada lubang kecik yang ketara, tapi, lubang tu macam dari tindakan manusia... tu ada pandangan aku lah... mungkin sahabat-sahabat lain ada pendapat lain ke....


cuba perhatikan rim sebelah atas tu...ada kelihatan sedikit kecacatan yang terbentuk pada sisi rim syiling tersebut, 


untuk pandangan yang lebih jelas, itulah kecacatan yang dimaksudkan, tampak jelas ianya bukanlah campur tangan manusia, maka pendapat yang lebih pakar diperlukan sekarang...

secara tak langsung, dengan pekongsian ni, semakin bertambahlah pengetahuan mengenai ciri-ciri syiling dan duit yang istimewa....


4 comments:

Lissa said...

minat kumpul syiling ke? skg kan ade tawaran satu syiling berharga rm2000 tp kene tengok tahun dulu la. huhuh

Unknown said...

ernah dengar pasal tu... tapi sy bukanlah pengumpul syiling tegar, hanya suka-suka sebagai hobi... disamping menjadikannya sebagai "ice breaker" untuk perbualan dalamalam maya ni... anyway... thx singgah

Anonymous said...

Hi nitestalker,
Nampaknya post-mint-damaged, iaitu kecacatan atau kerosakan berlaku selepas proses penempaan.
Haha, hanya tekaan kami sahaja ;)

Unknown said...

Saya ni bukan pakar, tetapi minat sangat dengan syiling error. Nampak mcm Rim burr error. Error yang terhasil hampir sama dgn syiling error 50sen yang saya kongsikan di blog.