iklan

Wednesday, July 30, 2014

mangkuk hayun, eh, mangkuk tingkat tembaga yang klasik

updet untuk musim perayaan..

kita biasa kan dengan mangkuk tingkat?

zaman sekarang mangkuk tingkat/tiffin/mangkuk tepen amat popular dikalangan pengumpul barang-barang lama. di zaman dulu. terutamanya untuk membawa bekalan makanan ke tempat kerja atau bekalan ke sekolah.

berevolusi dari material tembaga hinggalah ke material plastik di zaman sekarang. maklum sajalah, plastik kan murah....

mangkuk hayun eh tingkat a.k.a tiffin a.k.a tepen tembaga ni memang cantik. dari segi pembuatan, ianya ringkas dan licin. andaikata dapat dikilatkan sehingga bersinar, pasti menarik untuk dipamerkan di almari bersama koleksi tiffin yang lain terutama tiffin enamel yang dihias dengan pelbagai motif tumbuhan seperti bunga bakung dan bunga kangkung.

tapi awas, jangan bawa ke majlis rumah terbuka atau majlis kenduri kendara secara terang-terangan. kurang sopan namanya walaupun dengan niat yang baik. juga awas, janganlah cuba menunjuk-nunjuk dengan menghantar lauk pauk ke rumah saudara mara atau jiran-jiran dengan menggunakan tepen ni, kemungkinan hilang dengan sengaja amat besar!

untuk dijual

RM1000

susah nak jumpa yg tembaga sekarang ni akibat ke'popular'an tepen enamel.


No comments: