salam,
sebelum tenaga elektrik tersalur dengan meluas, seterika inilah yang menjadi nadi untuk kita menghilangkan kedutan pada pakaian. hanya isikan arang, bakar (bakar arang bukan seterika) dan WALLA! anda sedia untuk menghilangkan kedutan di pakaian anda bukan kedutan dipipi anda!
dan tahukah anda, seterika ini pernah menjadi talian hayat kepada ramai orang ketika ketiadaan bekalan elektrik. seterika ini sebenarnya semakin berkurangan dan semakin susah untuk menemukannya...
pelbagai rekabentuk untuk dipilih, tetapi untuk memiliki koleksi ini, bukan calang-calang usaha. dengan harga yang tinggi, ianya mungkin menjadi penghalang untuk pengumpul mendapatkannya... jadi, entri kali ini hanya untuk tatapan sebelum saya cuba mengupas dan meletakkan harga untuk setiap seterika. hanya 2 seterika yang akan saya letakkan harga, seterika yang ada tangki bulat (yang ni susah nak jumpa, seterika stim menggunakan arang ni) adalah yang paling mahal, RM888 harga yang ditawarkan. dan satu lagi seterika yang ada ukiran ayam jantan, yang kecil RM499, dan yang besar RM549
No comments:
Post a Comment