iklan

Monday, February 14, 2011

ashtray marlboro kembar 2

hari ahad...tak menyempat nak meng'update' pasal hari cuti dan membongkang sedunia....hahaha dunia aku la... bukan apa...terasa letih dan malas lak hari ahad semalam... jadinya takdelah sesi mengorek bilik tak berapa kebal....

ashtray marlboro jelas kelihatan abu rokok yang melekat
pagi ni....pusing punya pusing sesambil blog walking, sesambil menjejaskan kesihatan (isap rokok) aku terpandang kat ashtray yang dah mula sebu dengan puntung-puntung rokok ni....ermmm terpandang satu jenama rokok yang dah lama aku tak hisap, MARLBORO, eceh...alang-alang dah takde bahan.... ashtray yang aku guna ni pun boleh la.... hantam sajalah labu....

ashtray yang besar....jelas kelihatan dan tak luntur lagi

sejarah ashtray yang besar ni, peninggalan dari kengkawan yang pernah duk satu rumah kat USJ dulu,. yang kecik memang ada dalam simpanan....mana datangnya yang kecik tu pun aku tatau...hahahha tetiba je ada... mungkin peninggalan sahabat yang dah berpindah kut.... dua-dua ashtray ni dah jadi teman setia abu dan puntung rokok aku sejak bertahun...sampaikan abu pun dah tahap "kerak tetap" kat ashtray ni.... susah nak dibersihkan.

dah bercapuk, jelas juga kesan sumpik, nampak usang tapi berkualiti

jangan kata bahagian dalam bekas abu tu aje.....kat sebelah luar bekas pun ada bertepek... lihatlah...dah tahap usang dah abu rokok ni.... tapi barang bermutu tinggi, tak nampak sedikitpun kesan kelunturan warna pada bekas ashtray ni....

kepada yang ada maklumat  lanjut pasal ashtray ni, bolehlah tinggalkan dalan ruangan komen...mana tu ada sambutan khas yang memungkinkan ashtray ni dikeluarkan.....

kadang-kadang terdetik dalam hati, ada rupanya benda-benda yang bernilai disekeliling kita ni, mungkin kita tidak mengetahuinya dan menganggapnya satu pandangan yang menyemakkan. tetapi selepas beberapa entri yang aku post, baru aku tersedar, kemungkinan apa yang aku ada mungkin mereka tiada dan apa yang semak mungkin satu pandangan yang begitu indah bagi mereka yang tahu menilainya. bagi kepada mereka yang baru berjinak-jinakatau berniat nak berkecimpung dengan hobi mengumpul koleksi, pandanglah barang-barang yang ada disekeling rumah anda....mungkin ada yang istimewa walaupun secara zahirnya barang tu nampak biasa.... selamat mengumpul.....

4 comments:

Gen Fujita said...

Nice one. Tapi aku tak berapa gemar ashtray open macam ni, kena angin sikit dah bersepah. Lagi best pakai tin biskut besar tu. He he he...

nitestalker said...

hahhaha tu la pasal...tp benda dah ada kan...guna aje lah....

iaryylr said...

bak sebatang?

nitestalker said...

har..har...har...tak hisap rokok dlm kotak lagi bro....